Resepi Teh Tarik Mamak Buat Sendiri Pon Sedap
Teh tarik merupakan air teh yang popular dikalangan kita. Minuman ini banyak dijual di kedai mamak, kedai kopi dan kafe. Minuman ini juga amat sedap dan kerana itulah ia menjadi pilihan utama rakyat malaysia.
Bahan yang digunakan didalam resepi ini amat mudah dan ringkas sahaja. Antaranya ialah penggunaan serbuk teh yang digunakan mestilah jenis berwarna gelap. Kemudian ia juga menggunakan susu manis, namun begitu teh tarik dinamakan sedemikian kerana perbuatan menarik air teh tersebut. Sebenarnya itu adalah satu cara untuk menyejukkan air teh. Berikut adalah cara dan bahan yang diperluka
Bahan-bahan
- 3 keping uncang teh tarik
- Air panas yang sedang mendidih
- Susu pekat manis
- Secubit garam
Kaedah
- Rendam uncang teh sehingga berwarna hitam (Jika kurang tambah lagi uncang)
- Masukkan susu manis didalam kole pilihan anda.
- Masukkan air teh, secubit garam dan kacau.
- Tarik berulang kali hingga terhasilnya buih
- Tuang dalam gelas yang sesuai.
- Siap!
Teh tarik yang sedap semestinya hanya terdapat dikedai mamak. Namun begitu tidak semua kedai mamak pandai membuatnya. Oleh itu anda boleh mencubanya sendiri kerana ia sangat ringkas dan mudah. Jangan lupa untuk mencubanya ya!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.