Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Talapia Masak Lemak Cili Api (Masakan Kampung)

author name

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi menu utama yang terkenal di Negeri Sembilan. Masak lemak cili api adalah masakan rasmi orang Negeri Sembilan yang terkenal dengan masakan pedas. Pedas kerana kebanyakkan masakan mereka menggunakan cili api. Cili api ini adalah sejenis cili yang bersaiz kecil berbanding cili merah namun ia mempunyai tahap kepedasan yang lebih tinggi. Cili api sendiri mempunyai nama lain iaitu cili padi, ini kerana rupanya yang kecil seperti padi. 

Resepi lemak cili api kali ini menggunakan ikan talapia sebagai bahan utamanya. Ikan talapia adalah ikan yang didapati didalam sungai. Ia mempunyai dua jenis iaitu talapia merah dan talapia hitam. Mempunyai isi yang putih, ianya mudah ditemui dipasar-pasar dinegara kita. Ikan talapia zaman kini, bagaimanapun banyak dibela dikolam-kolam ikan menyebabkan rasanya sedikit kurang berbanding talapia sungai. Bagaimanapun jika kena dengan cara memasaknya, anda pasti suka kerana ia sangat sedap. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Talapia Masak Lemak Cili Api (Masakan Kampung)


Bahan-bahan utama

  • 2 ekor ikan talapia merah/ hitam saiz sederhana (bersihkan dan perasakan dengan garam dan serbuk kunyit)
  • Segenggam cili padi
  • 300ml santan pekat
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 2 sudu besar jus limau kasturi.


Bahan rencah

  • 2 batang cili hijau (bersihkan dan belah 2)
  • 2 batang cili merah

Kaedah

  • Mula-mula gorengkan ikan talapia sehingga garing,ketepikan.
  • Kemudian kisar cili api bersama sedikit santan.
  • Tuang bahan kisar kedalam periuk, masukkan bersama ia jus limau kasturi dan serbuk kunyit.
  • Tambah sedikit air jika perlu.
  • Masak sambil kacau kuah agar santan tidak pecah.
  • Apabila kuah telah mengelegak, masukkan ikan dsn bahan rencah iaitu cili merah dan cili hijau.
  • Tambahkan baki santan dan kacau sekali sekala agar ia tidak pecah.
  • Siap

Untuk mendapat kuah yang cantik, pastikan anda mengacau kuah selalu. Manakala untuk warna kuning dan aroma yang lebih sedap, anda boleh menggunakan kunyit hidup, tumbuk ia hingga lumat. Santan perlu dibahagi dua, pertama untuk menggunakan ia diawal proses masakan, separuh lagi ditambah selepas kuah mengelegak. Maksudnya kuah ini perlu mengelegak dua kali ya.

Dan untuk tahap kepedasan juga bergantung pada daya tahan anda, jika suka lebih pedas, anda boleh tambahkan cili apinya atau kurangkan jika ingin ia kurang pedas. Oleh itu jangan lupa untuk mencuba resepi masakan asli orang Negeri Sembilan ini, anda pasti suka akan rasanya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba

Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *