Resepi Stok Sambal Ikan Masin Malong Buat Bekal Nasi Bila Bercuti

Resepi kali ini merupakan resepi stok sambal ikan masin Malong. Ikan masin malong ini jarang dijual mentah sebaliknya ia dijual dalam bentuk hirisan kecil-kecil dan kering ataupun masin. Kebiasaan ikan malong ini dijadikan acar ataupun sambal sahaja. Namun dalam perkongsian kali ini saya menggunakan ia untuk dijadikan stok sambal ikan masin malong, pembuatannya amat mudah dan bahan-bahan digunakan juga mudah untuk didapati. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 pek ikan masin malong (goreng garing dan ketepikan sebentar)
  • Cili api merah
  • Cili merah
  • Bawang besar 
  • Bawang putih
  • Garam, serbuk perasa dan gula sedikit
  • *sukatan bahan bergantung pada jumlah ikan masin

Kaedah

  • Kisar ikan masin malong kasar-kasar menggunakan hand blender.
  • Potong kecil cili dan bawang kemudian goreng hingga layu.
  • Dengan menggunakan hand blender kisar cili dan bawang tadi serta tambahkan garam, serbuk perasa dan gula.
  • Tumis bahan ini hingga naik minyak dan barulah tambah ikan masin malong siap kisar tadi.
  • Masak hingga sebati dan biarkan sejuk sebentar sebelum masukkan dalam bekas kedap udara.
  • Siap

Semua bahan perlu digoreng hingga benar-benar garing sebelum dijadikan sambal, ini untuk memastikan sambal benar-benar tahan lama. Sesuai dijadikan dirumah ataupun sebagai bekalan ketika dalam perjalanan jauh malah sesuai juga bagi anak-anak yang duduk diasrama sebagai bekal. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain