Resepi Stok Lauk Last Minit Sambal Ikan Bilis Dengan Tempe Dan Kacang
Resepi kali ini adalah resepi stok sambal yang amat sesuai disediakan lebih awal sebagai stok simpanan sambal. Sambal ini amat sesuai bagi mereka yang senantiasa sibuk untuk masak. Bahan-bahan yang digunakan amat mudah didapati dan penyediaannya juga mudah. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Ikan bilis
- Tempe ( potong kecil dan sederhana tebal)
- Kacang tanah
- Gula dan garam secukup rasa
- Sos cili
- Sos tiram
Bahan kisar
- Bawang besar
- Bawang putih
- Cili kering siap gunting dan rebus
Kaedah
- Goreng garing ikan bilis, tempe dan kacang tanah secara berasingan dan ketepikan.
- Sediakan kuali dan tambah minyak, panaskan.
- Tumis bahan kisar hingga naik minyak.
- Tambah sos cili dan sos tiram.
- Tambah gula dan terus masak hingga sambal menjadi warna gelap.
- Akhir sekali baru tambah garam.
- Tunggu sambal sejuk dahulu dan alihkan minyak yang berlebihan.
- Baru gaul dengan semua bahan goreng tadi.
- Simpan dalam bekas kedap udara.
- Siap!
Masukkan ikan bilis dan kacang selepas sambal betul-betul sejuk untuk mengelakkan ikan bilis lemau bila bercampur dengan sambal. Sediakan lebih awal dan simpan dalam bekas yang kedal udara. Untuk memanjangkan hayat sambal anda boleh simpan botol sambal ini dalam peti ais dan nyahsejukkan ia sebelum ia digunakan. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.