Resepi Sotong Salted Egg Masak Dirumah Lagi Berbaloi

Resipi kali ini merupakan resipi yang popular di restoran seafood. Sotong telur masin ini atau nama glamernya sotong salted egg ini sebenarnya tidaklah sukar untuk disediakan. Namun begitu jika anda membelinya direstoran sudah tentu harganya sangatlah mahal. Ini kerana sotong saiz XL itu sendiri sudah mahal apatah lagi bila dimasak bersama dengan serbuk telur masin pastilah bertambah mahal. Perkongsian kali ini menunjukkan pada anda cara mudah dan lebih berbaloi untuk anda cuba bagi menyediakan sotong salted egg ini.

Bahan-bahan

  • Sotong saiz XL ( bersihkan,potong bulat dan tos)
  • Tepung goreng bestari
  • Bahan lain
  • Butter
  • Minyak masak
  • Bawang putih (cincang halus)
  • Daun kari
  • Cili api
  • Serbuk salted egg
  • Susu cair (kalau nak berkuah tapi saya tak letak)

Kaedah

  • Bancuh tepung bestari dengan sedikit air.
  • Celup sotong dan kemudian celup sotong dengan tepung yang kering pula.
  • Goreng dengan minyak yang panas.
  • Alih dan tos minyaknya.
  • Dalam kuali masukkan butter dan sedikit minyak (sama banyak kedua bahan ini)
  • Bila bahan ini dah sebati tumiskan bawang putih, daun kari dan cili api.
  • Masukkan sotong yang telah digoreng tadi dan gaul segera.
  • Taburkan serbuk salted egg dan gaul rata.
  • Siap!

Jika anda tak punya bajet tinggi untuk membeli sotong segar anda boleh beli sotong ring putih yang jauh lebih murah. Sotong ring buka sahaja murah tapi bagi saya ia lebih sedap. Ikutlah selera masing-masing. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain