Resepi Sotong Masak Hitam (Citarasa Berbeza)

Masakan dari negeri Sabah, sotong masak hitam diperbuat dari sotong segar yang ditumis bersama bahan lain dan akhir sekali ditambah dakwat hitam. Masakan ini sedikit berbeza dibandingkan dengan masakan berasaskan kicap, ini kerana ia menggunakan sejenis bahan yang terdapat dalam sotong yang berwarna hitam, iaitu dakwat sotong. Dakwat sotong adalah bahan yang terdapat pada tubuh sotong yang digunakan sebagai alat senjata yang melindungi sotong dari musuhnya.

Namun bagi anda yang tidak pernah mencubanya, anda boleh buat sendiri masakan ini kerana ia amat mudah untuk disediakan, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Sotong Masak Hitam

Bahan-bahan

  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia seinci
  • Cili ikut selera 
  • Sotong putih dibersihkan dan dipotong bulat, ketepikan dakwatnya dalam satu bekas lain.

Kaedah 

  • Hiris semua bawang, halia dan cili.
  • Kemudian tumis semua bahan.
  • Apabila telah layu, masukkan pula sotong.
  • Tambah garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Akhir sekali masukkan beberapa biji dakwat sotong, picitkam agar ia pecah.
  • Masak sehingga sebati.
  • Siap.

Masakan ini amat ringkas, dakwat sotong yang berwarna hitam sebenarnya tidak rasa. Ia sekadar berfungsi sebagai pewarna, walaupun ada orang tidak makan dakwat sotong tapi sebenarnya ia selamat dan menarik untuk dicuba! Jadi diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Sotong Masak Kunyit

Resepi Sotong Cili Api Petai

Resepi Sotong Goreng Mentega

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *