Kumpulan 10 resepi Soto (Pelbagai Jenis Ada)

Teringin makan soto yang lazat? Mungkin anda harus beli di kedai atau buat sendiri di rumah. Wangi rempah merangsang deria apabila semangkuk soto dihidang. Sekali hirup lazat kuah soto menggetarkan lidah. Kelazatan semula jadi daripada ayam yang direbus sempurna bersatu dengan wangi perencah.

Tambahan pula isi yang menggoda seperti hirisan daging ayam lembut, tauge yang segar dan begedil kentang yang sedap mengangkat rasa di tiap-tiap suapan. Untuk penyedap rasa, tidak lupa perah limau dan letak sambal. Tidak perlu letak banyak, mereka akan membuat soto makin segar dan lazat.

Soto kurang lengkap tanpa pendamping. Nasi impit atau bihun menjadi teman yang sesuai untuk serap kuah soto. Tidak lupa bawang goreng bagi bau wangi dan rasa makin terangkat. Ayuh tengok 10 kumpulan resepi soto daripada laman Facebook di bawah ini.

Resepi Soto Buah Keras

Imej via Facebook

Resepi pertaman didatangkan daripada Fara Lome yang berkongsi di laman Facebook. Soto air tangan dia menggunakan buah keras. Sedap dimakan dengan nasi impit dan sambal kicap pedas. Resepi ini untuk 2 liter air/6 orang makan.

Bahan-bahan Kuah Soto :
  • Lengkuas 1 inchi,
  • Halia 1 inchi,
  • Bawang merah besar 4 biji (memang kalau banyak lagi sedap),
  • Bawang putih 1 ulas,
  • Buah keras 1 biji,
    *blend semua bahan di atas.
  • Ayam potong besar untuk cari-carik,
  • Serai 2 batang (ketuk),
  • Minyak untuk menumis,
  • Serbuk sup Adabi (kalau sepaket kecil, guna separuh),
  • Serbuk kurma Adabi (guna separuh juga) atau serbuk soto,
  • Kiub ayam 1,
  • Akar daun sup (potong dan cuci bersih),
  • Air 2 liter/ sejug.
Cara-cara :
  1. Mula-mula tumis bahan blend, serai dan akar daun sup sehingga naik bau/betul-betul masak/sedikit garing. Supaya bawang semua tidak rasa mentah di kuah nanti. Bila masak elok kuah akan jadi wangi.
  2. Masukkan serbuk sup dan kurma/rempah soto.
  3. Masukkan ayam. Agak-agak air ayam hampir kering baru masukkan air.
  4. Masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok.
  5. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nanti).
Menyediakan Begedil Kentang :
  • Ubi kentang 5/6 biji dibuang kulit dan potong kecil. Rebus dan lenyekkan.
  • Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.
  • Telur 1 biji
  • Lada sulah.
  • Garam secukup rasa.
Cara-cara :
  1. Pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. Godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.
  2. Panaskan minyak dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas.
  3. Celup begedil dalam bancuhan telur kemudian goreng. Jangan terbalik-balikkan selagi yang sebelah kena minyak tidak garing/kekuningan. Jika sudah garing baru balikkan. Kalau balikkan awal-awal memang pecah.
  4. Cara goreng begedil supaya tidak hancur, panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil sahaja, jangan penuh.

Resepi Soto ala Chef Wan

Imej via Facebook

Makan soto kuah jernih macam kuah sup biasa? Bam Azimad berkongsi soto yang pekat dan kuah kaw ala-ala Soto Madura gitu. Ini resepi Chef Wan yang disalin daripada surat khabar lebih kurang 20 tahun dulu. Kalau buat meniaga In Syaa Allah ramai pelanggan datang.

Bahan-bahan :
  • ½ ekor ayam,
  • 10 biji bawang merah*,
  • 5 biji bawang putih*,
  • 3 batang serai*,
  • 2 inchi kunyit*,
  • 1 inchi lengkuas*,
  • 2 inchi halia*,
  • 1 bungkus rempah sup (yang kecil),
  • Rempah tumis – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih,
  • ¼ cawan santan.
Cara-cara :
  1. Kisar bahan yang bertanda * dan gaul dengan rempah sup (A).
  2. Tumis bahan A, masukkan sedikit air.
  3. Jika sudah garing, masukkan santan.
  4. Terus masukkan ayam dan air.
  5. Masak sampai didih, letak garam. Gula boleh letak sesudu kecil sebagai penambah rasa. Lagi sedap letak seketul stok ayam.

Resepi Soto Penuh Perencah

Imej via Facebook

Ini bukan soto kuah sup biasa, ini soto yang pekat rasa rempah. Sudah 4 tahun ايزه هزرين buat Soto ayam pakai resepi ini, suami tidak pernah jemu makan, mak mertua pun puji sedap. Resepi dikongsikan di laman Facebook.

Bahan-Bahan :
  • Isi ayam (pakai bahagian isi sahaja),
  • Bawang besar /bawang holland 2 biji **,
  • Bawang kecil 5-6biji **,
  • Bawang putih 5 ulas **,
  • Halia 1 inchi **,
  • Kunyit hidup (pakai serbuk kunyit)**,
  • Serai (ketuk),
  • Kisar semua bahan bertanda ( ** ).
  • Perencah kurma 2 paket kecil,
  • Perencah sup 1 paket kecil,
  • Sup bunjut tulang,
  • Kiub ayam knorr,
  • Rempah sekawan.
Cara-cara :
  1. Tumis rempah sekawan dengan minyak dulu.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dengan serai yang diketuk. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan rempah sup dan kurma tadi, boleh tambah air kalau takut hangus, masak sampai pecah minyak sedikit.
  4. Lepas sudah pecah minyak, masukkan isi ayam dan masak ayam sampai kecut.
  5. Bila ayam sudah kecut masukkan air dan sup bunjut tadi, air boleh laraskan ikut masing-masing mahu pekat atau cair sedikit.
  6. Kuah sudah mengelegak masukkan kiub ayam, saya pakai 2 kiub ayam, masak sampai isi ayam tadi betul-betul masak.
  7. Keluarkan isi ayam dari kuah, biarkan sejuk sekejap setelah itu carik isi ayam tadi.
  8. Bila rasa sudah sesuai dengan tekak boleh tutup api.
Bahan-bahan Cili Kicap :
  • Bawang putih,
  • Cili burung (hijau dan merah, merah jangan banyak sangat sebab pedas),
  • Kicap jalen lemak manis,
  • Gula 2 sudu,
  • Sedikit garam.
  • Goreng sekejap cili dan bawang putih.
  • Kemudian kisar semua bahan-bahan tadi.
Bihun Keropok Soto :
  • Bihun (tidak perlu basuh, biarkan keras).
  • Minyak.
  • Panaskan minyak dalam kuali sampai betul-betul panas, masukkan bihun sedikit dia akan kembang macam keropok, beberapa saat sahaja jangan lama-lama nanti hangus.
  • Boleh jugak tambah begedil, nasi impit, taugeh, isi ayam (carik), kacang tanah (goreng), daun sup.

Resepi Soto Bibik

Imej via Facebook

Soto bibik, anak-anak panggil sebab dulu bibik yang ajar mama Mar Azura Mansor buat soto ini. Soto ini pula makan sekali tidak boleh berhenti. Resepi dikongsikan di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Ayam separuh,
    Rebus Ayam masukkan kiub pati ayam dan sup bunjut. Rebus sehingga ayam masak. Angkat ayam sahaja kuah tadi ketepikan dulu.
Bahan tumbuk :
  • Bawang putih dalam 6-7 ulas,
  • Bawang merah 5 biji/ bawang besar 1 biji sederhana,
  • Kunyit hidup 1 inchi,
  • Halia 1 ½ inchi,
  • Lada hitam dalam 1 sudu kecil,
  • Lada putih 1 sudu kecil,
  • Buah keras 2 biji.
  • * tumbuk semua bahan.
Cara-cara :
  1. Goreng ayam yang sudah direbus tadi sehingga separuh garing, angkat dan carik-carikkan.
  2. Terus goreng bahan tumbuk dengan minyak goreng ayam tadi.
  3. Agak-agak masak dan separuh garing, tuang masuk ke dalam air rebusan ayam tadi.
  4. Masukkan daun salam dan ketuk sebatang serai.
  5. Tambah air ikut keperluan.
  6. Perasakan.
  7. Bihun tu macam biasa celur lembut toskan.
Bahan Hiasan :
  • Kubis hiris nipis,
  • Daun sup dan daun bawang,
  • Bawang goreng,
  • Suhun goreng.
Cili Hitam :
  1. Segenggam cili padi ,
  2. Seulas bawang putih.
  3. Rebus dan tumbuk letak kicap

Resepi Soto Bihun Kuning

Imej via Facebook

Kalau buat jual menu ini mesti laku keras. Sup cukup rasa rempah. Segala rencah disatukan lengkap betul-betul buat aroma soto lagi naik. Makan sepinggan memang tidak cukup. Resepi dikongsikan oleh Afy AL Habibi di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 3 sekawan,
  • Sebatang serai,
  • ½ biji bawang besar kuning,
  • 1 ulas bawang putih,
  • 3 sudu rempah sup,
  • 1 cawan air,
  • 1 kiub ayam.
Menyediakan Kuah Sup :
  1. Panaskan sedikit minyak.
  2. Masukkan 3 sekawan,
  3. Sebatang serai yang diketuk,
  4. ½ biji bawang besar kuning.
  5. Masukkan bahan kisar 1 biji bawang merah dan 1 ulas bawang putih.
  6. Kemudian, masukkan 3 sudu rempah sup Baba’s. Tumis sehingga garing.
  7. Masukkan secawan air terlebih dahulu. Kacau bahan tumis dan air menjadi sebati.
  8. Kemudian, masukkan beberapa ketul ayam.
  9. Seeloknya campurkan bahagian ayam yang bertulang dan isi dada. Biarkan seketika.
  10. Barulah masukkan air sebanyak 1 jag besar atau ikut banyak mana kuantiti kuah yang diperlukan.
  11. Selepas kuah sup mula mendidih, masukkan 1 kiub ayam Knorr dan garam secukup rasa. Guna api perlahan sahaja.
  12. Masukkan bebola daging pun boleh.
  13. Tutup api selepas kuah mendidih beberapa kali. Siap.
Menyediakan Bihun Kuning :
  1. Celur bihun macam biasa.
  2. Masukkan serbuk kunyit ke dalam air supaya warna bihun berubah menjadi kuning.
  3. Tutup api selepas bihun lembut. Toskan. Lalukan dekat air paip seketika. Toskan lagi.
Menyediakan Ibu Sambal Kicap :
  1. Dua genggam cili padi hijau dan 5 ulas bawang putih.
  2. Goreng seketika dua bahan di atas. Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
  3. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
  4. Tambahkan kicap.
  5. Tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.
  6. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa. Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
  7. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.

Resepi Soto Ayam Lengkuas

Imej via Facebook

Musim raya soto memang paling dicari. Ini anggaran untuk makan lima orang. Kuah ini kaw rasa pedas biji ketumbar. Resepi dikongsikan oleh Qiu Ieja di laman Facebook.

Bahan Kuah Soto :
  • Ayam 1 ekor,
  • 3 paket kecil rempah kurma,
  • 1 paket kecil rempah sup/rempah soto,
  • 4 sekawan (buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis),
  • Bawang besar 3 biji *,
  • Bawang putih 1 labu *,
  • Buah keras dalam 5 biji *,
  • Jintan manis 1 sudu besar*,
  • Jintan putih 1 1/2 sudu besar*,
  • Biji ketumbar 1 1/2 sudu besar*,
  • Halia sebesar ibu jari*,
  • Lengkuas sebesar tapak tangan,
  • 4 Kiub Ayam,
  • Sup bunjut tulang 2 paket.
Cara – cara :
  1. Rebus ayam sampai masak, tutup api, toskan ayam dan sejukkan. Air ayam simpan untuk proses seterusnya.
  2. Ayam rebus tadi boleh carik-carikkan. Boleh juga goreng sedikit supaya ayam tahan lebih lama.
  3. Beralih kepada kuah soto tadi, blend bahan-bahan yang bertanda *, kemudian tumis dengan minyak masak dan 4 sekawan.
  4. Bila bahan-bahan tumis sudah naik bau, masukkan rempah kurma dan sup, kacau supaya tidak hangit.
  5. Kemudian masukkan air dan campur dengan air rebusan ayam tadi.
  6. Ketuk lengkuas, dan masukkan.
  7. Masukkan juga sup bunjut tadi dan kiub ayam.
  8. Bila kuah sudah menggelegak, masukkan garam secukup rasa (tambah perasa jika perlu).

Resepi Soto Bersantan

Imej via Facebook

Selalunya makan soto kuah cair bukan? Sekarang kita buat pula soto kuah bersantan. Konfirm lebih sedap terangkat. Resepi dikongsikan oleh Shahid Shah di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam potong 4,
  • Air secukupnya untuk merebus ayam,
  • 1 mangkuk kecil santan pekat,
  • 3 sudu kecil serbuk ketumbar,
  • 2 sudu kecil serbuk jintan putih,
  • 2 sudu kecil serbuk jintan manis,
  • 3 sudu kecil serbuk lada putih/lada sulah,
  • 2 batang serai (dititik),
  • Garam,
  • Minyak untuk menumis.
Bahan penumis :
  • 4 kuntum bunga lawang,
  • 3 biji buah pelaga,
  • 3 biji bunga cengkih,
  • 1 batang kulit kayu manis.
Bahan kisar :
  • 2 biji bawang besar,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 1 inchi halia,
  • 1 inchi kunyit hidup,
  • ½ inchi lengkuas.
Sambal kicap : (kisar/tumbuk kesemua kecuali limau nipis)
  • 2 ulas bawang putih,
  • 4 biji lada merah,
  • 10 biji cili padi,
  • Kicap lemak manis,
  • Sedikit perahan limau nipis.
Begedil daging :
  • 3 biji kentang direbus,
  • ¾ cawan daging kisar,
  • Daun sup dipotong halus,
  • Serbuk lada hitam/sulah,
  • Sedikit garam,
  • Bawang goreng,
  • 1 sudu besar tepung jagung,
  • 1-2 biji telur.
Bahan hiasan :
  • Meehoon,
  • Nasi impit,
  • Begedil daging,
  • Daun sup dan daun bawang dipotong halus,
  • Bawang goreng,
  • Suhoon goreng,
  • Tauge,
  • Tauhu goreng,
  • Kacang tanah goreng.
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan penumis dan masukkan
    bahan kisar, serai yang dititik, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan
    jintan putih. Tumis kesemuanya hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan ayam tadi (air secukupnya
    aras-aras ayam sahaja).
  3. Rebus sehingga ayam masak, angkat/keluarkan ayam tadi.
  4. Kemudian masukkan santan dalam kuah mendidih dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa (optional).
  5. Carik-carikkan isi ayam (halus) dan tulang ayam boleh dimasukkan kembali ke dalam kuah soto tadi.
  6. Boleh dihidangkan dengan bahan-bahan hiasan di atas.

Resepi Soto Madura

Imej via Facebook

Apa itu soto madura? Kalau soto yang biasa macam sup. Soto madura pula bezanya pakai santan. Reen Ismail di laman Facebook ajar guna rempah soto ini, memang sedap!

Bahan-bahan :
  • *Bawang besar,
  • *Bawang putih,
  • *Halia,
  • Serai- ketuk,
  • Rempah adik bradik (kayu manis, bunga lawang, cengkih),
  • Blender bahan bertanda *.
  • Ayam potong kecil-kecil,
  • Santan,
  • Garam,
  • Perasa.
Bahan hiasan :
  • Daun sup,
  • Bawang kering,
  • Limau potong,
  • Taugeh,
  • Sambal kicap.
  • Tumis bahan * sampai naik bau.
  • Bancuh rempah soto.
  • Masuk ayam-ayam yang dipotong dadu.
  • Bubuh garam dan perasa. Siap.

Resepi Soto Medan

Imej via Facebook

Soto medan sedap rasa masam, lemak, gurih, secukup rasa. Soto medan didatangkan daripada Bunda Nadiah di laman Facebook. Sedap dimakan untuk hari raya.

Bahan-bahan :
  • 10 biji bawang merah kecil,
  • Ayam ½ ekor,
  • 6 ulas bawang putih,
  • 3 biji buah keras,
  • 1 sd besar ketumbar,
  • 1 sd besar lada putih,
  • Kisar semua bahan di atas.
  • 3 batang serai (ketuk),
  • 3 lembar daun limau,
  • 3 lembar daun salam,
  • Rempah 3 sekawan (kayu manis buah pelaga bunga lawang),
  • 2 ulas asam keping,
  • 1 kotak santan kara,
  • 1 biji limau nipis.
Cara-cara :
  1. Tumis semua bahan di atas sampai naik minyak dan wangi.
  2. Masukkan ayam potong kecil.
  3. Masukkan air dengan santan kotak tadi. Anggaran air dalam 3 liter.
  4. Masuukan garam, gula dengan perasa.
  5. Perahkan limau nipis 1 biji ke dalam kuah soto.
  6. Tabur bawang goreng dengan daun sup di atas kuah soto.
  7. Tambah bergedil kentang lagi sedap.

Resepi Soto Johor

Imej via Facebook

Soto johor sedap terangkat dikongsikan oleh Khursiah Kasim di laman Facebook. Makan soto panas-panas, sedap hirup kuahnya. Makan dengan suhoon dan begedil, bertambah-tambah pinggan dibuatnya.

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam dibuang kulit, dipotong 4 dan dibasuh bersih.
  • Rangka ayam 2-3 ekor dipotong kecil dan dibasuh bersih.
  • Bebola ayam.
  • Bawang besar 5 biji *,
  • Bawang putih 10 ulas *,
  • Halia sebesar ibu jari*,
  • Halia 4-5 biji diketuk,
  • Serai 3-4 batang diketuk,
  • Sup bunjut adabi 2 paket,
  • 3 sudu besar serbuk jintan manis**,
  • 3 sudu besar serbuk jintan putih**,
  • 3 sudu besar serbuk ketumbar**,
  • Garam dan serbuk cukup rasa maggi @gula.
Cara-cara :
  1. Bahan bertanda * diblend halus.
  2. Masukkan air anggaran dalam ¾ penuh periuk.
  3. Rebus bahan yang diblend, rangka dan ayam yang dipotong 4, serai dan halia yang diketuk, sup bunjut dan bahan-bahan bertanda **.
  4. Bila sudah agak-agak mendidih masukkan garam dan cukup rasa, kalau tidak suka ganti dengan gula.
  5. Biarkan mendidih lagi sehingga ayam tadi masak dan empuk.
  6. Keluarkan ayam dan sejukkan. Kalau rajin boleh goreng sekejap ayam yang direbus tadi (carik ayam bila sudah sejuk). Tulang masuk semula ke dalam periuk kuah.
  7. Kecilkan api untuk mereneh sup. Masak sehingga naik minyak@pecah minyak dan matikan api. *tulang ayam jangan lupa masukkan balik dalam periuk.
  8. Sementara kuah direneh, boleh sediakan bahan sampingan.
  9. Bihun@kuetiaw@mee dicelur.
  10. Suun digoreng, suun jangan dibasuh, nanti tidak kembang.
  11. Kacang tanah digoreng.
  12. Tauge – Kalau suka celur, celur siap-siap.
  13. Daun sup dan daun bawang – dipotong agak-agak halus.
  14. Bawang goreng.
  15. Isi ayam yang disiat halus atau kasar.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Soto, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

Resepi Menarik Lain