Resepi Sirap Bandung (Minuman Popular)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi minuman yang sangat ringkas. Air Bandung walaupun namanya begitu sebenarnya tidak akan kena mengena dengan Bandung,Indonesia. Malah menurut sesetengah orang, air bandung tidak dapat ditemui di sana. 

Minuman air bandung merupakan sebuah minuman inovasi dariapada sirap, yang kebiasaanya dibancuh bersama gula, sirap ros dan daun pandan. Perbezaannya hanyalah pada kandungan susu yang ditambah menjadikannya berwarna merah jambu. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan didalam pembikinan sirap bandung ini.

Resepi Sirap Bandung (Minuman Popular)
Bahan-bahan

  • 1/2 gelas air mendidih
  • Susu pekat ½ tin
  • Susu cair ½ tin 
  • 1 sudu besar sirap ros
  • secubit garam
  • Ais kiub

Kaedah

  • Mula-mula bancuhkan bersama air panas susu cair,susu pekat dan secubit garam.
  • Sediakan sirap.
  • Didalam gelas yang tinggi masukkan susu yang telah dibancuh tadi.
  • Masukkan ais, kemudian baru masukkan sirap yang telah disediakan tadi.
  • Siap.

Sirap bandung telah lama menjadi kegemaran orang Malaysia, dengan rasa yang lemak-lemak manis bersama warnanya yang menarik tidak hairanlah jika ia mempunyai peminatnya tersendiri. Apapun bagi anda yang sangat minat sirap bandung dan ingin mencubanya sendy, jangan lupa mencuba resepi ini ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *