Resepi Singgang Kunyit Ikan Kembung Yang Sedap Dihirup Begitu Je
Resepi berikut merupakan salah satu resepi yang amat sesuai dihidangkan kepada orang yang sedang berpantang. Singgang ikan kembung kunyit ini menggunakan bahan-bahan yang berkhasiat untuk kesihatan. Contohnya kunyit mempunyai bahan yang anti kanser,anti tumor dan juga digunakan sebagai ubat luka.
Kuah singgang ini amat mudah untuk disediakan. Ia menggunakan bahan yang ringkas dan mudah ditemui. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 3 ekor ikan kembung
- 3 biji sayur bendi
- 1 biji tomato (belah 4)
- 1 ulas bawang besar (potong baji)
- 5 ulas cili api (belah 2)
- ½ inci lengkuas (hiris dan tumbuk pecah)
- ½ inci kunyit hidup (hiris)
- 2 keping asam keping
- Air,garam dan serbuk perasa secukup rasa
Bahan-bahan kisar
- ½ inci kunyit hidup (atau ½ sudu serbuk kunyit)
- 5 ulas cili api
- ½ ulas bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- ½ inci halia
Kaedah
- Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk bersama air secukupnya.
- Masukkan bahan hiris,asam keping dan yang ditumbuk pecah.
- Tunggu kuah mengelegak, masukkan ikan pula.
- Kemudian tambah garam dan serbuk perasa secukupnya
- Akhir sekali masukkan sayur bendi dan tomato.
- Siap!
Kuah ini mempunyai rasa yang masam dan pedas, namun anda boleh memilih untuk menambah cili api dalam masakan ini. Terutama jika ia hendak dihidang kepada orang yang didalam pantang kerana mereka tidak digalak mengambil cili api. Diharap anda akan mencuba resepi ini, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.