Resepi Singgang Ikan Terengganu Sedap Terinspirasi
Resipi kali ini merupakan resipi ringkas yang sangat sesuai dihidangkan di dalam hidangan makan tengah hari atau malam. Masakan Singgang Terengganu ini diolah oleh seorang influencer yang sangat terkenal bernama Khairul Aming. Namun begitu walaupun ianya ringkas tetapi rasanya sangat sedap baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 4 ekor ikan pelaling ( bersihkan dan potong kalau suka)
- Lengkuas 1 inci (hiris)
- Bawang besar 1 biji (belah 4)
- Bawang putih 2 ulas (hiris)
- Cili api 6 ulas (belah 2)
- Asam keping 2 keping
- Bendi 5 batang
- Tomato (jika suka)
Kaedah
- Sediakan periuk dan isi air yang mencukupi.
- Masukkan lengkuas, bawang besar, bawang putih, cili api dan asam keping.
- Biarkan menggelegak dan masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Kemudian masukkan ikan dan biarkan seketika.
- Akhir sekali tambah bendi dan tomato
Hidangan ini paling sedap dimakan bersama dengan ikan bilis atau ayam berlada, namun bagi orang pantai timur hidangan sampingan yang paling digemari ialah budu. Apa pun jangan lupa mencuba sendiri resipi ini selamat mencuba.