Resepi Siakap Stim Limau Guna Pes Senang Giler Bini Makan Bertambah

Jom cuba masak resepi siakap stim limau. Resepi ini merupakan salah satu masakan Thailand yang sangat popular dinegara kita ini. Jika berkunjung ke restoran masakan Thailand acap kali masakan ini dipilih sebagai meraikan  sesuatu seperti harijadi atau hari gaji. Ikan siakap stim limau ini sememangnya sangat sedap dan sangat digemari kerana rasa masam-manis dan pedasnya.

Bagaimanapun bagi anda yang ingin mencuba sendiri berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

  • 2 ekor ikan siakap (siap dibersikan)
  • 5 ulas bawang putih
  • Stok ayam ( 1 kiub pati ayam kacau dgn 1/2 cawan air panas)
  • Cili api merah
  • Daun limau
  • Serai
  • Halia
  • Daun ketumbar
  • Limau nipis
  • Sos ikan ( 5 sudu besar)
  • ½ botol pes kukus limau
  • Seekor ikan siakap cuci bersih dan kelarkan.
  • Sediakan bekas yang sesuai mengikut saiz ikan dan letak dalam pengukus.
  • Serai dikerat serong kasar, daun limau koyak-koyakkan. 
  • Selepas itu, sumbat semua serai, daun limau dan halia dalam perut ikan.
  • Kiub ayam tadi larutkan dengan air panas, curahkan atas ikan dan biarkan hingga ikan masak
  • Masukkan bawang putih yang dah dicincang, cili api merah, perahan limau nipis, sos ikan dan pes kukus limau dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati. 
  • Air kukus dari ikan mulai berwarna perang menandakan ikan telah mass,.
  • Tutup api dan keluarkan bekas berserta ikan tadi.
  • Akhir sekalj curah bahan-bahan yang telah dibancuh awal tadi.
  • Hias ikan dengan daun ketumbar dan hirisan limau nipis.
  • Siap!

Kebiasaan ikan yang digunakan didalam resepi ini ikan siakap, namun anda juga boleh menggunakan ikan bawal emas ataupun ikan pilihan anda. Untuk memenuhi selera anda juga boleh menggunakan cili api jenis pedas atau sebaliknya jika anda tidak suka pedas. Pilih piring yang cukup besar untuk mengukus ikan siakap agar ia dapat dikukus dengan lebih sempurna. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *