Resepi Sayur Kailan Goreng Belacan Guna Bahan Paling Minima
Resepi kali ini adalah resepi sayur kailan yang kerap kita dapati digerai atau restoran yang menjual masakan panas seperti restoran tomyam. Sayur kailan adalah sejenis sayur yang berdaun lebar dan batang sayurnya agak besar berbanding sayur sawi. Namun s berbanding batang sayur sawi batang sayur kailan lebih sedap dan juga rangup. Selain dari itu sayur kailan mempunyai banyak khasiat selain dari zat dan mineral yang dibekalkan ia juga tinggi fiber dan potassium dan mata sesuai untuk pesakit diabetis. Baiklah untuk mencuba resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- Sayur kailan seikat
- Bawang putih cincang
- Cili api potong bulat
- Belacan sedikit pecah-pecahkan
- Maggi secukup rasa
Kaedah
- Bersihkan sayur dan potong pendek (bahagian batang dia paling sedap)
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih.
- Sebelum bawang putih garing, segera masukan cili api dan belacan kacau cepat-cepat.
- Tambah air kalau perlu dan kemudian masukkan magi secukup rasa.
- Masukkan sayur dan masak hingga sayur layu dan empuk.
- Siap!
Resepi ini sebenarnya saya dapat daripada Chef Sabri, seorang chef yang popular terutamanya didorong-corong radio. Penyediaan masakan ini amat mudah dan senang untuk disediakan, bahan0bahanya juga minima sahaja jadi ia amat berbaloi untuk dicuba. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.