Resepi Sayur Campur Cendawan (Masakan Ringkas)
Resepi resepi kali ini merupakan resepi sayur-sayur.. Sebagaimana yang kita tahu sayur seharusnya menjadi hidangan yang penting dalam keperluan tubuh badan kita seharian. Namun kadang kala kita buntu memikirkan resepi sayur yang mudah sedap dan disukai ramai.
Cendawan yang digunakan kali ini ialah cendawan enoki atau nama lain ialah cendawan jarum emas. Sebenarnya cendawan ini elok untuk kesihatan walaupun bagi sesetengah orang mengatakan ia ‘sejuk’ dan tidak sesuai dimakan bagi wanita yang baru melahirkan. Jadi elakkan jika anda dalam keadaan begitu.
Namun apa-apapun makanlah ia secara sederhana. Sesungguh yang berlebihan itu memudaratkan. Mari lihat resepi dan bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Sayur Campur Cendawan
Bahan-bahan
- 1 peket cendawan enoki
- 1⁄4 potong kobis cina
- Beberapa keping cendawan tiram (pilihan)
Bahan-bahan tumbuk
- 1 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 1 sudu ikan bilis
- Sedikit halia ( anggaran kurang dari 1⁄2 inci)
- 1 sudu lada hitam (tumbuk berasingan)
Kaedah
- Mula-mula bersihkan sayur-sayuran, hiris kobis cina memanjang.
- Potong cendawan tiram, manakala cendawan enoki tidak perlu dipotong. Tumbuk bahan-bahan yang telah disediakan.
- Kemudian tumiskan bahan-bahan tumbuk kecuali lada hitam.
- Apabila telah naik bau, masukkan sayur-sayuran bermula dengan kobis cina dan diakhiri dengan cendawan.
- Masukkan sedikit jika ia terlalu kering.
- Sedap dihidang panas-panas.
- Siap
Sememangnya sedap masakan ini, lada hitam ditambah agar ia boleh melawan ‘sejuk’ cendawan tadi. Tapi tahukah anda, Cendawan Enoki ini dikatakan dapat membantu merangsang factor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk membantu merawat penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan juga peyakit Alzheimer, membantu menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, membantu merawat ulser perut serta membantu meningkatkan system imuniti.
Sebenarnya masih banyak lagi khasiat cendawan yang anda boleh dapati di internet. Yang penting anda mesti cuba resepi ini, agar ia dapat melengkapi keperluan harian anda. Selamat mencuba.
Resepi Lain Yang Menarik
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.