Resepi Sardin Cili Api (Ringkas Sedap)

Resepi kali ini merupakan sebuah lagi resepi sardin yang sangat mudah untuk disediakan. Sardin dalam tin merupakan salah satu makanan dalam tin yang paling popular. Ini kerana ia tahan lama dan dia juga boleh disediakan di mana-mana sahaja. Sardin cili api merupakan satu lagi resepi yang berasaskan sardin dalam tin. 

Bahan yang digunakan di dalam resepi ini amat minima. Oleh itu ia sesuai bagi anda yang tidak punya banyak masa untuk masak tetapi ingin menghidangkan makanan yang sedap untuk keluarga anda.

Resepi Sardin Cili Api (Ringkas Sedap)

Bahan-bahan

  • 1 tin sardin
  • 4 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi (tambah jika ingin pedas)
  • Bawang besar – hiris
  • Garam
  • Serbuk perasa

Kaedah

  • Tumbuk bawang putih dan cili padi sehingga hancur. 
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
  • Masukkan ikan sardin sahaja dulu dan biarkan bergoreng bersama minyak dan bahan tumis tadi.
  • Balikkan ikan supaya ia masak rata
  • Masukkan sos sardin, bawang besar dan garam serta serbuk perasa.
  • Siap.

Sardin cili api ini sememangnya amat pedas tetapi jika anda ingin sesuatu yang kurang pedas. Anda boleh menggunakan cili merah sahaja. Resepi ini juga tidak menggunakan sebarang- asam sama ada asam jawa atau asam keping. Oleh itu anda boleh menambah nya jika anda suka. Selamat berjaya menghasilkan masakan yang sedap ini!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *