Resepi Sandwich Ayam Crispy Krup Krap Sedapnya

Resepi kali ini merupakan salah satu resepi sandwich yang agak popular sejak akhir-akhir ini. Ianya diinspirasikan dari menu terkenal dari zinger burger KFC. Ayam yang digunakan ialah isi ayam yang telah digoreng bertepung dan disejukkan sedikit sebelum diguna. Kemudian ia dilapisi dengan salad dan tomato sebelum ditambah sos Thousand Island.

Bagi anda yang ingin mencuba resepi ini, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Roti keping
  • 2 keping isi ayam (bahagian dada)
  • Tepung segera ayam
  • Minyak masak untuk goreng tenggelam
  • Tomato, timun dan apa-apa sayur kegemaran seperti daun salad / lettuce
  • Mayonis/Sos Thousand Island
  • Keju keping (Cheese)
  • Salut isi ayam dengan tepung goreng ayam.
  • Goreng dengan minyak panas sehingga masak.
  • Ketepikan dan sejukkan.
  • Sapu permukaan roti dengan mayonis atau butter
  • Lapikkan dengan cheese,salad dan tomato
  • Letakkan isi ayam yang telah digoreng.
  • Tutup dengan sekeping lagi roti.
  • Siap!

Sandwich ini amat sesuai dijadikan hidangan didalam majlis minum petang. Ianya pasti digemari ramai terutama dari peminat ayam. Rasa ayam crispy yang disedia juga menarik walaupun ianya lebih sedap jika dimakan panas, namun bila dibuat sandwich ia tidak kurang juga sedapnya.Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *