Resepi Sambal Tumis Ayam Jarang-jarang Dibuat Tapi Sedap

Resepi ini merupakan resepi berasaskan ayam yang dimasak dengan sambal tumis. Jarang dengar kan? Selalunya sambal tumis ikan bilis, sambal tumis sotong atau sambal tumis udang tapi kali ini kita buat sedikit kelainan tapi masih menghasilkan rasa yang sedap. Bahan-bahan yang digunakan masih sama seperti masak sambal tumis lain cuma bahannya utamanya sahaja berbeza. Jom kita tengok apakah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Ayam (potong kecil letak garam,kunyit dan goreng tidak garing)

Bahan kisar

  • Cili kering (gunting dan rebus)
  • 1 biji bawang besar 
  • Sedikit belacan

Bahan lain

  • 1 tsp pes asam jawa adabi
  • Garam secukup rasa
  • 2 tbsp gula
  • Bawang besar hiris bulat
  • Air secukupnya

Kaedah

  • Tumis bahan kisar hingga naik bau dan naik minyak
  • Tambahbawwang hiris, asam jawa, garam dan gula serta masukkan air sedikit
  • Masukkan ayam dan biarkan ia merenih hingga airnya pekat.
  • Siap!

Masakan ini sedap dihidangkan dalam hidangan utama seperti masakan tengahari yang biasanya dijamu bersama ahli keluarga yang lain hidangkan bersama masak lemak sayur kobis atau masakan singgang yang popular dinegeri pantai timur. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain