Resepi Sambal Totok Rasa Pedas Berdesing

resepi sambal totok

Bila dah nama tekak melayu sambal menjadi pilihan kan. Tak sah kalau tak makan pedas rasa tak lengkap sebuah hidangan. Sambal mempunyai banyak jenis ada sambal belacan, sambal ikan bilis dan pelbagai lagi. Resepi kali ini kami nak kongsikan resepi sambal totok.

Resepi ini asalnya dari Jawa dan semakin mendapat perhatian di negara kita. Mana tidaknya cara nak buat pun senang. Sambal totok ini juga dibuat dengan cara kering dan boleh simpan dengan lebih lama lagi. Kalau tak ada idea nak masak boleh lah cuba resepi sambal totok ini makan pula dengan nasi panas dan telur goreng. Memang umphh! Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Aimy.

Bahan-bahan

  • Satu cawan ikan bilis
  • 20@15 biji cili padi kampung. Suka pedas tambah lagi
  • 3 biji cili merah-ptong2 sebelum goreng
  • 2 biji bawang besar – potong kasar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci belacan
  • Sebiji tomato Belah 4
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam & gula
  • Limau kasturi@limau nipis

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Goreng seketika bawang merah dn putih bersama belacan, angkat dan toskan.
  3. Kemudian goreng cili padi.cili merah dn tomato tadi. Pastikan menutup kuali, kalau tak cili padi akan meletup-letup.
  4. Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat.
  5. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar-kasar je. Msukkan garam gula.
  6. Perahkan limau ikut citarasa sendiri je. Yang penting ada pedas manis masam.

Kadangkala lauk yang simple ini pasti menambat hati kan, dalam tak sedar boleh bertambah pinggan ye lah sedap sangat.

Resepi Menarik Yang Lain

Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi anda idea untuk juadah masakan. Banyak lagi resepi mudah dan menarik yang telah kami sediakan untuk anda. Jangan lupa share ya!


Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *