Resepi Sambal Sardin Petai Viral Jutawan Kosmetik Mesti Cuba Ni
Resepi kali ini merupakan sejenis masakan mudah yang boleh anda sediakan terutama ketika kesibukkan melanda hingga tidak tahu apakah masakan hendak dihidang kepada keluarga anda. Masak sambal sardin bersama petai mungkin jarang-jarang dicuba orang, namun ia menjadi popular selepas diviralkan oleh jutawan kosmetik Rozita Ibrahim.
Percubaan ini ternyata menarik kerana ia amat sedap dan sangat sesuai apabila petai digandingkan bersama sambal sardin, berikut adalah bahan-bahan yanhg diperlukan.
Bahan bahan
- 1 tin besar Sardin – guna Mackerel
- 4 ulas bawang putih – hiris
- 6 ulas bawang merah – hiris
- 1-2 sudu cili kisar
- 4 – 5 tangkai cili padi – tumbuk
- 1 inci halia – ketuk
- 1keping asam keping
- 1/2 mangkuk petai – atau ikut yang disukai
- Panaskan minyak secukupnya dan tumis halia ketuk, bawang merah, bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan.
- Masukkan cili kisar dan cili padi. Masak dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Yang ini sangat penting supaya sambal tidak pedas atau terasa seperti cili mentah.
- Setelah cili garing, masukkan asam keping.
- Tambahkan juga sedikit air dan masukkan sardin.
- Kacau rata.
- Akhir sekali, masukkan petai, garam, gula dan sedikit serbuk perasa
Jika anda peminat petai rangup, pastikan anda tidak masak petai terlalu lama kerana ia akan menjadi terlalu lembut. Berbeza pula jika anda suka ia lembut, bolehlah biarkan ia masak lama sedikit. Apapun selera anda diharap anda akan mencuba resepi mudah nanti ye. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.