Resepi Sambal Ikan Kembung (Ringkas Sedap)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang kerap dihidangkan sebagai menu makan utama. Sambal ikan kembung, disediakan menggunakan kisaran cili kering bersama sedikit air asam jawa atau asam keping. Masakan ini amat ringkas dan sesuai bagi anda yang mengemari ikan tetapi anda tidak punya banyak masa untuk masak. Maka masakan ini amat sesuai bagi anda, yang penting ikan yang digunakan mestilah ikan yang segar kerana rasanya lebih sedap. Berikut adalah bahan yang diperlukan yang boleh anda dapatkan di kedai runcit atau pasaraya berdekatan.

Resepi Sambal Ikan Kembung
Bahan-bahan 

  • 4 ekor ikan kembung – bersihkan, kelar dan letak garam dan kunyit
  • 3 senduk cili kisar (cili kering  yang diksar dengan bawang merah besar)
  • 2 biji bawang besar hiris (pilihan)
  • Air asam jawa secukupnya
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Kaedah 

  • Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan seketika.
  • Kemudian panaskan minyak yang agak banyak untuk menumis. Ia bertujuan supaya rencah cepat garing.
  • Tumis cili kisar guna api perlahan sehingga masak dan garing.
  • Kemudian masukkan gula. Kacau rata supaya sambal berkilat dan berwarna merah yang cantik.
  • Tambahkan air asam jawa bersama sedikit garam. Gaul rata.
  • Masukkan ikan dan tunggu hingga sambal pecah minyak.
  • Sedia untuk dinikmati.

Ikan yang digunakan mestilah ikan yang segar tetapi jangan goreng ia terlalu garing kerana nanti tiada isi untuk dicubit, melainkan anda memang pengemar ikan goreng garing. Manakala untuk tahap pedas, anda boleh menggunakan cili kering pedas jika anda suka pedas atau gunakan cili kering tidak pedas jika anda tidak suka makan pedas.

Masakan ini amat ringkas, penyediaannya juga amat mudah disediakan. Jadi diharap anda akan sudi mencuba resepi ini ya, selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *