Resepi Sambal Goreng Jawa Bersantan Kaw-kaw Sedap
Resepi kali ini merupakan salah satu masakan jawa yang paling digemari dan mudah untuk disediakan. Sambal goerng Jawa ini adalah sejenis masakan yang disediakan dengan cara menggoreng semua bahan dan kemudian digabung bersama. Ia mempunyai beberapa versi salah satunya ialah ia menggunakan santan. Dianatara bahan yang digunakan didalam masakan ini ialah tempe,tauhu,kentang,hati dan pedal ayam, sayur kacang panjang,cioi merah,suhun dan fucuk.
Perkongsian kali ini akan menunjukkan kepada anda cara menyediakan sambal goreng jaw bersantan. Disebalik sambal goreng jawa versi sambal, yang bersantan ini juga sedap, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan (Hiris dan Goreng)
- 2 keping tempe
- 2 keping tauhu putih
- 2 biji kentang
- Hati dan pedal ayam (rebus dahulu)
- Kacang panjang
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili api / cili merah
- Suhun
- Fucuk
- 1 pek/kotak kecil santan
- Garam dan serbuk perasa secukup rasa
- Selepas goreng semua bahan, kurangkan minyak
- Masukkan santan dan tambah garam dan serbuk perasa.
- Kemudian kacau sehingga santan mengelegak.
- Masukkan semua bahan yang telah digoreng
- Akhir sekali masukkan suhun dan fucuk yang telah direndam.
- Goreng semua bahan sehingga menjadi sebati dan suhun mulai layu.
- Siap!
Selain dari menikmati ia bersama nasi ia juga amat sedap diratah begitu sahaja. Oelh kerana santan digunakan ialah jenis pekat maka masakan ini tidak cepat rosak. Cubalah sendiri dan rasaikan keenakkannya. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.