Resepi Sambal Gesek Versi Ori Indo Senang Tak Guna Blender
Resepi ini agak menarik kerana saya dapatkan ia dari saudara terdekat saya dalam satu majlis makan tengahari. Bagi peminat masakan pedas resepi ini amat sesuai untuk anda. Manakala penyediaan ia amat mudah dan bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ini sama macam dalam resepi berlada atau ayam penyet. Cuma berbanding dengan sambal berlada sambal gesek ini tidak dikisar sebalikima hanya ditumbuk hingga separuh pecah sahaja. Baiklah berikt dalah bahan -bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- Segenggam cili api merah pedas
- 1/2 genggam cili api hijau
- 10 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji tomato
- Garam dan gula secukup rasa
- Ajinomoto
Kaedah
- Potong semua bahan sederhana kecil dan goreng
- Bila semua bahan dan layu, keluarkan dan biarkan sejuk sebentar.
- Tumbuk bahan tadi dan tambah garam.gula dan juga ajinomto
- Tumbuk bagi pecah sahaja dan sedia untuk dihidang!
- Siap!
Masakan ini sedap dinikmati bersama ikan atau ayam goreng tambah pula dengan sayur bening yang ringkas. Ianya ringkas namun rasanya sedap dan memberi kepuasan bagi mereka yang suka makan makanan pedas. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.