Resepi Salad Jeruk Timun Jepun Sedap Sihat Mudah
Resepi ini merupakan resipi salad ataupun jeruk yang menggunakan timun Jepun. Hidangan sejuk ini amat mudah untuk disediakan Melah ingin juga sedap. Antara bahan yang digunakan ialah seperti timun Jepun gula serbuk cili dan juga sedikit garam. Bahan-bahan ini amat sinonim dengan penyediaan jeruk. Ia menjadikan makanan yang disimpan itu tahan lebih lama. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- ½ tsp serbuk cili
- ½ tsp garam
- 1tsp bawang putih cincang
- 1 tsp bijan putih (siap sangai)
- 2tsp minyak zaitun
- 1 tsp madu
- ½ tsp kicap cair
- 2 biji timun jepun potong dadu
Kaedah
- Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
- Simpan dalam petiais sebelum dinikmati
- Siap!
Jika anda menggunakan timun biasa pastikan anda membuang empulur di bahagian tengahnya dahulu. Ini kerana berbanding dengan timun Jepun ianya mengandungi air yang lebih tinggi dan boleh menyebabkan jeruk kita lemau dan cepat rosak. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.