Resepi Roti Titab (Ala Kopitiam)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang agak popular dikalangan orang Malaysia. Roti Titab merupakan roti Hailam bakar yang disapu dengan butter dan di tengah-tengahnya ditambah telur separuh masak dan diletakkan seri kaya disudut roti bakar tersebut. Ianya menjadi satu tanda atau ‘signature sign’ bagi roti titab yang selalunya dihidang dikopitiam.
Kopi membawa kepada makna kopi dalam bahasa Melayu manakala ‘tiam’ bermaksud kedai dalam bahasa Hokkien/Hakka. Kopitiam ini dibawa oleh pendatang dari negara China sekitar abad ke 18 ke Tanah Melayu. Bersesuain dengan gaya hidup orang tempatan dan pemerintah Inggeris ketika itu, maka hasilkah kopitiam. Disini dimana kebanyakkan orang Cina menikmati kopi pagi mereka bersama telur yang direbus separuh masak dan hidangan roti bakar iaitu roti titab. Habit ini telah menjadi budaya mereka dan kemudian popular dikalangan peminat-peminat kopi.
Kali ini Madam akan kongsikan resepi atau cara mempunyai roti titab inj yang sangat ringkas tetapi sedap ini.
Resepi Roti Titab (Ala Kopitiam) Bahan-bahan
- Roti putih (cari yang tebal)
- Mentega (atau marjerin)
- Telur sebiji
- Kaya
Kaedah
- Sediakan periuk berisi air dan biarkan sehingga mendidih dan rendamkan hingga tenggelama telur ayam selama 10 minit.
- Sapukan mentega pada kedua-dua belah roti dan bakar di atas kuali dan bakar sehingga ianya garing.
- Kemudian pecahkan telur di tengah-tengah roti yang telah disapu mentega.
- Letakkan setengah sudu teh kaya di 4 penjuru roti.
- Siap.
Roti titab ini biasanya menggunakan roti putih yang tebal, kerana kebiasaanya ia dipotong dari terus dari blok roti putih yang gelah siap dibakar. Amda boleh menggunakan 2 keping roti putih yang boleh dibeli dipasaraya. Namun anda juga boleh beli di Family Mart roti putih yang tebal seperti roti titab yang original. Kaya pula boleh didapati dikedai pasaraya atau dikedai runcit.
Apapun cubalah resepi yang ringkas ini sebagai hidangan pagi anda, agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk anda bekerja.
Resepi – resepi lain yang menarik
Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini!