Resepi Roti Putih Berwarna ( Roti Benggali)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi roti putih yang diolah menjadi roti pelangi. Roti putih ini lebih dikenali sebagai roti benggali, biasanya ia dijual oleh penjual roti yang dikenali sebagai ‘bai roti’. Ini kerana suatu masa dahulu perniagaan roti ini dimonopili oleh bangsa sikh. Dan roti putih ini sering mendapat permintaan pelbagai lapisan masyarakat tidak mengenal bangsa, ia digemari semua.

Roti putih sedikit berbeza berbanding roti putih berjenama yamg terdapat dipasaran. Ini kerana ianya lebih ringan dan nipis, namun rasanya mempunyai mempunyai tarikan tersendiri. Kini ia masih dijual tetapi harganya lebih mahal, oleh itu bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan. 

Resepi Roti Putih Berwarna

Bahan-bahan

A

  • ½ cawan air suam
  • 1 ½ sudu teh serbuk yis
  • 1 sudu besar dila halus 

B

  • 2 ¾ cawan tepung (lebih kurang)
  • 1 sudu besar gula halus 
  • ¼ sudu teh garam halus 
  • 1 sudu besar marjerin 
  • 30ml air suam 

Kaedah

  • Mula-mula masukkan semua bahan A didalam satu bekas.
  • Biarkan sehingga ia berbuih (lebih kurang 15 min)
  • Campurkan semua bahan B didalam mangkuk mesin pengadun (kecuali 30ml air suam)
  • Apabila bahan A mulai berbuih, masukkan ia kedalam bahan B dan mulai adun atau gaul guna tangan. Tambah 30ml air suam sedikit demi sedikit
  • Jika anda gunakan mesin, adun menggunakan pemukul yang sesuai.
  • Jika anda menggunakan tangan,adun sehingga tidak melekat pada tangan. Uli adunan hingga elastik dengan cara menghempaskan ia diatas meja/ permukaan mengadun.
  • Apabila adunan telah elastik, rehatkan ia didalam bekas yang telah digris dengan marjerin.
  • Apabila doh telah naik 2 kali ganda, tumbuk untuk keluarkan udara.
  • Uli sekali lagi menggunakan tangan dan bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
  • Bilangan doh ini bergantung pada berapa warna yang anda inginkan. 
  • Warnakan setiap doh, dan rehat sebentar sebelum diuli menjadi satu doh yang besar.
  • Lapikkan setiap doh yang berwarna kemudian gulung menjadi satu doh dan letakkan didalam bekas tang sesuai.
  • Sekali lagi biarkan ia naik 2 kali ganda besar, sementara menunggu panaskan oven pada suhu 250c.
  • Bakar doh setelah ia naik dan bakar pada suhu 220c selama 30 min.
  • Keluarkan apabila ia telah perang dibahagian atasnya dan terus gris dengan sedikit butter untuk mendapatkan permukaan yang berkilat.
  • Keluarkan roti terus dari loyang dan sejukkan diatas besi redai.
  • Potong menggunakan pisau bergerigi.
  • Siap.

Biasanya roti benggali ini berwarna, namun jika inginkan kelainan anda juga boleh menambah warna. Roti ini tahan sekurang-kurang tiga hingga lima hari dan amat sesuai dijadikan sarapan pagi. Jadi diharap anda akan sudi mencuba resepi ini ya, semoga berjaya.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *