Resepi Rice Wrap Dengan Telur Lauk Orang Diet

Resepi kali ini amat sesuai dengan gaya hidup orang sekarang yang makin mengutamakan kesihatan. Ia diperbuat daripada beras jadi kan sesuai bagi mengalam low carb tapi tidak untuk pengalaman diet keto. Apapun walaupun ia rendah carb tetapi sangat sedap dan mengenyangkan dan ia amat popular dan selalu dijadikan Vietnamese roll tapi kali ini kita ubah sikit menjadikan ia wrap.  jom tengok apakah bahan-bahannya

Bahan-bahan

  • Rice paper
  • Telur
  • Udang siap rebus  (pilihan)
  • Tomato
  • Daun bawang
  • Garam dan serbuk lada putih 

Kaedah

  • Panaskan kuali dan letak sekeping rice paper.
  • Kemudian pecahkan sebiji telur dan kacau supaya ia bercampur.
  • Masukkan secubit garam dan lada sulah.
  • Taburkan hirisan tomato, udang dan daun bawang.
  • Lipat dua rice paper dan masak hingga semua bahan sebati.
  • Siap!

Jika biasanya untuk membuat Vietnamese roll, paper rice akan direndam dengan sedikit air untuk ia lembut. Namun berbeza dengan resepi kerana rice paper dimasak terus atas api dan dipecahkan telur. Panas api akan melembutkan rice paper untuk memudahkan kerja melipat rice paper. Apapun hidangan ini adalah idea yabg baik bagi mereka yang mencari hidangan rendah karbo tetapi sedap. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain