Resepi Rendang Ketam (Uniknya)

Resepi yang berasaskan rendang ini merupakan antara salah satu inovasi baru. Ini kerana lazimnya rendang dimasak menggunakan daging, itik atau ayam. Rendang dibuat menggunakan santan dan kerisik yang dimasak lama hingga mengeluarkan minyaknya sendiri. Selain dari itu yang juga dimasak menggunakan cili, bawang dan serai yang menjadi bahan wajib.

Jika anda tertanya-tanya apakah cara dan bahan yang diperlukan untuk menyediakan rendang ketam, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Rendang Ketam (Uniknya)
Bahan-bahan

  • 2 ekor ketam (dibersihkan) 

Bahan kisar 

  • 3-5 biji Bawang merah
  • 3-5 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia
  • Segenggam Cili kering/ Cili Api

Bahan lain

  • 2 batang serai dititik
  • 1-2 helai daun kunyit dihiris 
  • 2-3 kotak santan atau santan 1kg
  • Kerisik
  • Gula, garam, asam jawa/asam keping(ikut kesesuaian)

Kaedah 

  • Tumiskan serai dan bahan kisar. 
  • Masukkan ketam, kacau seketika
  • Masukkan santan dan kerisik
  • Perasakan
  • Masukkan daun kunyit
  • Kacau hingga kuah pekat
  • Siap.

Untuk menghasilkan rendang ketam, pertama ketam yang digunakan haruslah segar. Selain dari itu anda juga boleh memilih untuk memotong ketam kepada dua bahagian. Begitu juga anda juga boleh menganggarkan sendiri sukatan dan jenis cili yang anda ingin gunakan mengikut citarasa anda. Diharap anda akan mencuba resepi ini sebagai hidangan untuk keluarga anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Ketam Lemak Cili Api Tomato

Resepi Ketam Rebus Ketuk Serai

Resepi Rendang Sotong

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *