Resepi Rendang Hijau Ayam Versi Cair Anti Gagal Confirm Jadi

Resipi kali ini merupakan resipi rendang cair yang sangat mudah untuk disediakan. Resipi ini sesuai bagi mereka yang baru belajar masak. Penyedianya amat mudah dimana semua bahan dikisar dan dimasuk serentak dalam kuali, buka api dan masak sampai pekat. Bagi mereka yang mencari-cari cara mudah untuk membuat rendang ayam anda boleh cuba resepi ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara menyediakan rendang cair hijau ini.

Bahan-bahan

  • Ayam (potong 16) perap dengan garam dan kunyit

Bahan kisar

  • Bawang besar 1 labu
  • Bawang putih 3-4 ulas
  • Halia 1 inci
  • Segenggam cili api (lebih kalau suka pedas)
  • Cili hijau 4 batang (kalau suka pedas, tak perlu)
  • 2 batang serai
  • 1-2 tsp serbuk kunyit

Bahan lain

  • Santan pek sederhana 2 (600g)
  • Kerisik 1 pek
  • Serai (tumbuk pecah)
  • Asam keping
  • Daun kunyit hiris
  • Garam,gula dan ajinomoto secukup rasa

Kaedah

  • Masukkan semua bahan dalam kuali dan masak hingga pekat.
  • Bila dan puas hati dengankepekatan rendang baru tambah garam, gula dan ajinomoto.
  • Daun kunyit boleh masukkan kemudian jika suka.
  • Siap!

Dalam resipi rendang ini saya menggunakan ayam daging. Oleh kerana ianya cepat hancur kalau anda masak lama anda perlulah masukkan ayamnya kemudian iaitu apabila rendang mulai pekat. Tapi kalau buat rendang cair cara masaknya tidak terlalu lama jadi ayam boleh dimasukkan lebih awal.Dalam kebanyakkan resepi saya penyediaannya lebih mudah dan cepat contohnya jika kebiasaan rendang menggunakan lengkuas tapi resepi ini tidak perlu. Penggunaan daun kunyit adalah untuk mendapatkan aroma yang lebih enak tetapi tanpanya rendang ini tetap sedap. Tapi resepi ini sangat berbaloi untuk dicuba,selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain