Resepi Puding Roti Coklat Versi Microwave Simple Tapi Sedap Sangat
Resepi seterusnya ialah resepi pencuci mulut yang sangat mudah untuk disediakan. Terutama bagi peminat dessert dan yang suka pada manisan yang perlu disiapkan cepat.
Puding roti mempunyai peminatnya yang tersendiri namun penyediaannya agak memakan masa dan sedikit leceh. Perkongsian kali ini akan menunjukkan cara menyediakan puding roti menggunakan microwave berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- 1 keping roti
- Butter
- Serbuk cinnamon
- Kepingan coklat coin
Bahan kisar
- Telur 1 biji
- 2 tbsp gula putih
- ⅓ cawan susu segar
Kaedah
- Mula-mula sapu sekeping roti dengan butter
- Selepas itu potong menjadi bentuk dadu.
- Letak didalam mug atau mangkuk ramekin
- Selitkan kepingan coklat coin didalam celah roti tadi
- Taburkan serbuk cinnamon jika suka.
- Kemudian tuang bahan kisar.
- Masak guna microwave selama 2 minit atau hingga ia masak dan tidak lagi berair.
- Makan dengan aiskrim sedap sekali.
- Siap!
Resepi ini menggunakan Chocolate coin namun anda juga boleh menggunakan coklat biasa yang boleh didapati dipasaran seperti Cadbury yang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.