Resepi Pudding Chia Seed Bersantan Dan Buah Naga Sihat Tapi Sedap
Resepi yang dikongsikan kali ini adalah sejenis masakan pencuci mulut yang sangat sesuai bagi pengamal diet atau alergik pada bahan tenusu. Resepi ini telah direka oleh seorang pengamal makanan sihat dan tinggi nutrisi bernama Puan Roslina Abd Manaf pengasas Asian Keto. Chia seed adalah sejenis merupakan super food kerana mengandungi banyak khasiat seperti omega 3,lemak sihat dan boleh mencegah ostreoprosis kerana ia mengandungi kalsium,mangan,magnesium dan pelbagai kebaikan untuk tulang kita..
Baiklah bagi anda yang ingin mencari kelainan dalam hidangan anda apakata anda cuba resepi ini.
Bahan-bahan
- 2 tbsp chia seed
- 1 titis stevia drop
- Buah naga merah (potong dadu)
- 1 kotak kecil santan pandan
Kaedah
- Rendam chia seed dengan air pada paras tenggelam.
- Biarkan beberapa jam hingga chia seed kembang.
- Untuk menghidang masukkan chia seed didalam bekas.
- Kemudian titiskan stevia drop 1 titis sahaja.
- Letak buah naga yang dipotong dadu
- Akhir sekali tambah santan anggaran 1tbsp
- Sesuai rasa dan kepekatan mengikut selera anda.
Penggunaan santan kerana ia mempunyai kandungan lemak yang lebih baik dan sesuai bagi mereka yang terutamanya alergik pada susu. Rasa puding ini seperti sagu gula Melaka namun lebih selamat kerana sangat rendah gula dan karbo. Buah naga rendah karbo dan gula jadi ia juga sesuai untuk mereka yang ada diabetis Jadi jangan lupa mencuba resepi ini ye!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.