Resepi Pucuk Ubi Masak Lemak Putih Dengan Tempe Masakan Kampung

Resipi kali ini merupakan masakan berkuah yang menggunakan pucuk paku pucuk ubi kemudian digabungkan bersama tempe. Ia menggunakan santan cair di dalam resepinya dan ianya tidak pedas oleh itu sesuai bagi mereka yang tidak makan makanan pedas tetapi sangat gemar masakan kampung. Baiklah bagi anda yang sedang mencari idea menyediakan masakan tengah hari untuk keluarga anda berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan di dalam resipi ini.

Bahan-bahan

  • Secekak daun pucuk ubi
  • 2 keping tempe
  • Bawang besar dibelah 4
  • Ikan bilis
  • Cili kering
  • Santan cair
  • Garam dan serbuk perasa
  • Bersihkan pucuk ubi dan rebus hingga empuk, perah dan ketepikan.
  • Masukkan santan cair, tambah bawang,ikan bilis dan cili kering.
  • Buka api dan kacau agar santan tidak pecah.
  • Masukkan pucuk ubi dan tempe
  • Masak hingga sebati dan tambah garam serta serbuk perasa.
  • Apabila semua bahan telah sebati,tutup api dan hidangkan.

Masakan seperti ini sangat sesuai dimakan bersama sambal belacan ikan masin dan juga nasi panas pasti yang menambat selera kuarga anda tu tamanya mereka lebih dewasa. Apa pun diharap anda akan mencuba resipi ini selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *