Resepi Popia Sayur Serba Ringkas Tersedap Makan Tak Ingat

Resepi kali ini adalah resepi kuih popia berinti sayur yang amat digemari ramai. Sebenarnya untuk membuat popia ini tidaklah sesukar mana pun. Terutama intinya yang agak ringkas pembuatannya. Bahan-bahan digunakan ialah seperti sayur kobis, lobak merah dan juga sengkuang. Garam pun tak perlu sebaliknya gunakan perasa secukup rasa Maggi dan sedikit gula. Kalau hendak buat inti garam memang tidak perlu atau kalau hendak pun letak sedikit sahaja jika tidak inti akan terasa terlalu masin. Jom lihat bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan popia ini.

Bahan-bahan inti

  • Kobis putih
  • Lobak merah
  • Sengkuang
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • Kiub pati ayam
  • Gula secukup rasa
  • Garam jika perlu
  • Kulit popia secukupnya

Kaedah

  • Untuk membuat inti, hiris kobis halus-halus.
  • Sagat lobak merah dan sengkuang dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih.
  • Masukkan kiub pati ayam dan tambah sedikit air agar mudah dikacau.
  • Tambah gula secukup rasa.
  • Masukkan sayur-sayuran yang telah disediakan tadi.
  • Tapis dan biarkan ia sejuk seketika.
  • Bila inti dah sejuk, masukkan dalam kulit popia dan gulung.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
  • Siap!

ika diluar lazimnya popia sayur dihidang bersama sos cili yang dibuat sendiri, tetapi bagi saya makan begitu sahaja dah sedap. Popia sayur di Ikea adalah antara yang saya gemar dan biasanya ia dimakan begitu sahaja. Apapun selamat mencuba sendiri popia ni!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain