Resepi Par Boil Rice With Salmon Grill Sempoi Jer Tapi Sedap
Resepi kali ini merupakan sejenis menu masakan yang sesuai bagi mereka yang sedang mengamalkan pemakanan yang sihat. Ia menggunakan par boil rice atau beras rebus yang ternyata mempunyai index glimex yang lebih rendah. Index glimax ialah penunjuk bagi kandungan gula yang terdapat dalam makanan. Lebih rendah GI lebih baik bagi kesihatan terutama dikalangn mereka yang obes dan mempunyai masalah insulin resistance.
Hidangan yang digabung bersama par boil rice kali ini ialah ikan salmon yang mempunyai kandungan omega yang tinggi dan baik untuk otak. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Beras rebus 1 cawan
- Air 3 cawan
- Bersihkan beras par boil dan masak seperti biasa.
- Sekeping hirisan ikan salmon merah
- Garam dan serbuk lada sulah
- Gaul kedua bahan
- Grill diatas kuali yang ditambah sedikit minyak zaitun
- Masak hingga isi ikan masak dan kulitnya garing.
- Hidangkan nasi par boil bersama ikan dan salad.
- Siap!
Masakan ini amat ringkas dan mudah untuk disediakan, jadi ia sesuai bagi anda yang sibuk dan tidak punya masa untuk menyediakan masakan berkhasiat. Perap ikan lebih awal dan simpan didalam petiais, masak segera selepas pulang kerja dan enjoy! Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.