Resepi seterusnya merupakan resipi sarapan pagi yang amat sesuai bagi mereka yang amat peka dalam kesihatan tubuh badan. Resepi ini mengandungi serat yang sangat tinggi kerana itulah ianya di amalkan terutamanya di waktu pagi sebagai sarapan pagi. Malah ianya juga mudah untuk di sediakan dan tidak perlu di masak.
Overnight oat perlu diaediakan lebih awal dan dibiarkan semalaman sehingga semua bahan menjadi sebati. Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 1cawan rolled oat
- 1 sudu besar chia seed
- 1 cawan susu
- ½ cawan yogurt plain
- 1 sudu besar jem buah strawberi
- 1-2 sudu buah mixed berries
Kaedah
- Campurkan oat,chia seed, susu dan yogurt.
- Kacau sebati
- Kemudian masukkan jem buah strawberi dan mix berry beku.
- Kacau rata dan kemudian baru simpan didalam botol sekurang-kurangnya 12 jam.
- Siap!
Overnight oat lazimnya disediakan didalam botol dimana ianya menjadi mudah untuk dinikmati terutama ketika anda ketempat kerja. Bahan yang diperlukan boleh dibeli kedai yang menjual bahan makanan organik.Walaupun sedikit mahal, namun anda dapat berjimat banyak bila buat sendiri. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply