Resepi Oreo Cheesecake (Versi Lembap Berkrim)

Resipi kali ini merupakan antara resipi kek yang sangat mudah untuk disediakan. Oreo cheese cake kali ini merupakan resepi kek  yang saya secara peribadi gunakan untuk jualan. Ternyata ia menjadi kesukaan ramai pelanggan saya.

Bagi anda yang mencari cari idea untuk menghasilkan produk kek yang sedap anda harus cuba resepi yang sedap ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan bagi menyediakan kek ini.

Resepi Oreo Cheesecake

Bahan-bahan dasar

  • 110g butter cair
  • 200g Biskut Oreo (Asingkan krim dari biskut)

Kaedah

  • Gaul kan biskut yang telah dihancurkan bersama butter 
  • Masuk dalam loyang dan rata dan padatkan. 
  • Simpan dalam peti ais sebentar

Isian

  • 500g Cream Cheess
  • 30g Butter
  • 120g Gula halus
  • 30g Tepung Jagung
  • 200ml Krim Putar
  • 4 Biji Telur

Kaedah

  • Pukul bahan-bahan isian hingga sebati 
  • Tuang didalam loyang saiz 7” bulat 
  • Bakar dengan teknik water bath pada suhu 160c selama 45 minit.
  • Biarkan didalam oven dengan pintu terbuka apabila ia telah siap dibakar
  • Kemudian keluarkan dan  sejukkan diluar sebelum disimpan didalam petiais sekurang-kurangnya 3 jam.
  • Keluarkan dari loyang dan ia sedia untuk dinikmati.
  • Siap!

Untuk pengetahuan anda kek ini juga mempunyai beberapa versi. Ini adalah salah satu versi yang digunakan, ia sedap dan di dalam nya lebih moist. Bagi mereka yang meminati Oreo bersama cheese seharusnya mencuba resipi ini. Oleh itu diharap anda akan mencuba resipi ini dan kongsikan bersama rakan-rakan anda. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *