Resepi Onion Rings Cheese (Rangup Menyelerakan)

onion ring

Teringin makan onion ring restoran ala burger K*ng. Tiap kali datang ke restoran tersebut, mesti selalu pesan onion ring.

Onion ring kudapan rangup di luar lembut di dalam. Saking lazatnya resepi ini, tidak ada rasa bawang. Malah, rasa lembut dan rangup namun dengan aroma bawang yang pekat dan wangi memenuhi mulut.

Doh amat mempengaruhi citarasa onion ring. Selain itu, garing kulit onion ring dibuat dengan tepung roti yang pelapisnya.

Resepi Nohani Derahman Nohani Derahman di laman Facebook pakai cheese diantara dua lapis bawang. Sangat unik dan menarik. Sila cubakan.

Resepi Onion Ring Rangup

onion ring
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang holand 3-4 biji potong bulat,
  • Cheese chedar 6 keping dihiris nipis,
  • Telur 2 biji,
  • Tepung 1 cawan,
  • Serbuk roti diagak-agak,
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara :

  1. Tengok dalam gambar cara bubuh cheese dalam bawang.

    onion ring
    Imej via Facebook
  2. Kemudian dabkan bawang dalam tepung gandum.
  3. Lepas itu celup bawang dalam telur, ratakan.
  4. Seterusnya, angkat dan masukkan dalam serbuk roti.
  5. Lekat-lekatkan dengan serbuk roti.
  6. Panaskan minyak, goreng onion ring hingga perang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi onion ring, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *