Resepi Nasi Kebal Lamb Chop Suai Untuk Berdiet

Resipi ini adalah resepi yang paling sesuai dihidangkan bagi pengamal diet rendah karbo. Nasi kebal bersama dengan lamb chop yang dimasak menggunakan teknik pan seared. Ini adalah satu teknik memasak steak atau lamb chop dimana ia menghasilkan steak yang juicy di dalam tetapi garing diluar.Kaedah yang digunakan simple tapi mudah dimana daging digoreng dalam kuali leper bersama minyak atau hendak lebih sedap gunakan pure butter   Bagi orang yang diet amat penting untuk menghidangkan masakan yang sedap dan mengenyangkan.

Bahan-bahan lamb chop

  • Lamb chop yang sedikit tebal
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk ini onion
  • Serbuk garlic
  • Sedikit sos tiram
  • Sos blackpepper 
  • *sukatan bahan adalah mengikut saiz lamb chop.

Kaedah

  • Gaul semua bahan dan perap sebentar.
  • Dalam kuali tambah minyak masak bersama butter jika suka.
  • Bila dah cukup panas masukkan daging lamb chop tadi
  • Masak dalam 2-3 minit setiap bahagian sahaja.
  • Kemudian masukkan lamb chop dalam aluminum foil dan bungkus.
  • Biarkan daging masak sendiri inti memastikan ia lebih juicy.
  • Siap!

Bahan-bahan nasi kebal

  • Beras (sebaiknya guna par boil)
  • Air secukupnya.
  • Garam
  • Minyak kelapa dara

Kaedah

  • Masak nasi seperti biasa, tapi jika anda gunakan par boil Rich tambah sukatan air agar ia lebih lembut.
  • Bila nasi dah masak biarkan ia sejuk dahulu.
  • Ambil nasi dan masukkan dalam bekas yang sesuai (sebaiknya bekas bertutup rapat)
  • Bekukan nasi dan bila hendak makan anda keluarkan sebungkus nasi dan masukkan dalam microwave tapi jika tidak anda boleh kukus nasi beku tadi ataupun biarkan sahaja ia pada suhu bilik hingga ia lembut semula.
  • Siap!

Nasi kebal walaupun jarang-jarang didengari tetapi sebenarnya ia agak popular dikalangan pengamal diet ia adalah nasi yang dimasak dengan sedikit minyak kelapa dara dan kemudian disejukkan sebelum dibekukan. Hal ini akan menyebabkan nasi tersebut menjadi rendah karbo atau kata orang kurang kanji. Bagi orang yang diabetis nasi ini tidak akan membuat gula anda naik. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain