Resipi ini adalah resipi atau cara untuk membuat nasi impit yang mudah yang anda boleh buat sendiri. Zaman sekarang jika orang perlukan nasi impit mereka akan membeli nasi impit yang belum dimasak di pasar raya. Ianya adalah beras yang dibungkus dalam plastik kecil kecil dan kemudian kita masak dengan perut nasi seperti biasa. Tetapi untuk resepi kali ini saya menggunakan cara yang lebih mudah bila saya ingin menggunakan sedikit sahaja nasi impit. Berikut adalah bahan-bahan dan cara caranya.
Bahan-bahan
- 2 cawan beras
- 5 cawan air
- Secubit garam
- Daun pandan
Kaedah
- Masak semua bahan diatas sehingga nasi cukup masak.
- Bila nasi dah masak gunakan senduk dan gaul nasi tersebut kemudian masukkan dalam bekas mangkuk plastik.
- Dengan plastik tekan-tekan nasi hingga padat.
- Tindihkan nasi dengan sesuatu yang berat dan biarkan semalaman atau sekurang-kurangnya lima jam.
- Potong nasi impit bila ia telah sejuk.
- Siap!
Jika anda suka anda boleh letak dalam acuan ataupun bekas yang sedikit tinggi tapi jika tidak memadailah anda menggunakan mangkuk plastik yang biasanya kita dapat bila kita beli lauk bungkus. Apa pun jika anda ingin hidangkan sedikit sahaja resipi ini sangat berbaloi dan sangat mudah untuk disediakan. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.