Resepi Nasi Hujan Panas Guna Noxxa (Resepi Mudah Untuk Famili Kecil)

Resepi kali ini ialah resepi mudah untuk masak nasi hujan panas. Jika biasanya nasi hujan panas dimasak dengan beras basmathi, resepi kali ini hanya menggunakan beras biasa sahaja. Biasanya beras basmathi digunakan kerana ia lebih panjang dan tidak bergumpal.

Bagaimanapun, biasanya Madam masak mennggunakan beras biasa kerana ia lebih murah dan mudah didapati. Namun nasi hujan panas yang dimasak dengan beras biasa tidak kurang enaknya, masih sesuai juga dimasak untuk tetamu semasa majlis-majlis atau kenduri. Oleh itu sebelum kita bercerita lebih lanjut, mari lihat bahan-bahannya.

Resepi  Nasi Hujan Panas Guna Noxxa (Resepi Mudah Untuk Famili Kecil)

Bahan utama

  • Beras 3 cawan kecil
  • Air 4 cawan (saiz sama dengan cawan sukat beras)

Bahan-bahan tumis

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu makan minyak sapi

 Bahan-bahan kisar

  • ½ labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Bahan-bahan perisa
  • Daun pandan 2 helai (disimpulkan)
  • Susu cair 1 cawan (saiz sama dengan cawan sukat beras)
  • Pewarna kuning,hijau dan pink

Kaedah

  • Pertama basuhkan beras,tus dan asingkan.
  • Panaskan periuk noxxa dengan mode ‘stir fry’
  • Cairkan minyak sapi,tumiskan bahan-bahan tumisan dahulu.
  • Selepas naik bau,tambah bahan-bahan kisar pula.
  • Apabila mula masak,tambahkan daun pandan.
  • Masukkan beras yang telah dicuci tadi. Masukkan air dan susu cair.
  • Tekan high pressure 6 minit,jangan lupa kunci penutup seperti biasa.
  • Apabila nasi telah masak, buat beberapa lubang dalam nasi dan titiskan 3 pewarna, kuning, hijau . Biarkan sebentar dan kemudian kacau dengan senduk supaya nasi mesra dan bewarna-warni .
  • Siap. Boleh dihidang dengan ayam masak merah dan acar timun.

Mudahny bukan? Resepi ini sememangnya Madam guna terutama bila ada majlis rumah berbuka atau ketika berbuka puasa. Namun adakalanya ia juga sesuai dihidangkan ketika menjamu tetamu yang datang.

Walaupun nasi ini dimasak menggunakan periuk noxxa, ia juga boleh dimasak menggunakan periuk nasi elektrik biasa. Caranya tetap sama, hanya masa yang diambil lebih lama berbanding periuk tekanan noxxa.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini.

Resepi Mudah Lamb Chop

Resepi Acar Timun

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *