Resepi kali ini merupakan sebuah resepi nasi goreng yang biasanya boleh didapati digerai masakan panas. Nasi goreng pattaya merupakan sejenis resepi yang diambil dari negara Thailand. Secara asasnya nasi goreng pattaya ialah nasi goreng yang dibungkus dengan telur dadar. Kemahiran membungkus nasi goreng memerlukan latihan, namun itu tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan.
Perkongsian kali ini akan membawa resepi nasi goreng pattaya yang anda boleh cuba sendiri. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Nasi Goreng Pattaya
Bahan untuk nasi goreng
- 2 cawan nasi putih
- 3 sudu besar minyak masak
- 5 ekor udang, buang kulit
- Isi ayam sedikit di potong kecil
Bahan tumbuk
- ½ biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 4-5 biji cili padi
- Sedikit sayur campur
Bahan untuk salutan
- 2 biji telur ayam
- secubit garam
- 2 sudu air
Kaedah
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan isi rencah dan goreng sehingga separuh masak.
- Kemudian masukkan sayur pula.
- Gaul sebati semua bahan dan goreng dengan api besar.
- Tutup api apabila semua bahan telah sebati dan ketepikan.
- Sementara itu bancuh bahan untuk telur dadar.
- Campur semua bahan dan pukul sehingga semua telur berbuih.
- Menggunakan kuali yang telah dipanaskan, gris dengan sedikit minyak.
- Kemudian kecilkan api dan tuang separuh dari adunan telur.
- Goyangkan kuali agar telur menjadi lebar.
- Tunggu ia masak sebentar dan tanpa terbalikkan ia, letakkan semangkuk nasi.
- Lipatkan dibahagian sisi, kemudian atas dan bawah.
- Ambil pinggan dan letak dibahagian belakang nasi gorenb yang telah berbungkus tadi dan terbalikkan.
- Curahkan dengan sos cili dan ia sedia untuk dihidangkan.
- Siap.
Jika anda tidak dapat membungkus nasi pattaya seperti didalam resepi ini, anda boleh menggunakan cara yang lebih mudah. Caranya ialah dengan membuat telur dadar dan kemudian meletakkan ia diatas nasi goreng dan bungkus. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply