Resepi Nasi Goreng Hijau ( Sedap Pedas)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sarapan pagi yang paling kerap di hidangkan. Nasi goreng hijau merupakan sebuah resepi yang di inovasi kan daripada resepi nasi goreng kampung. Namun di dalam resepi ini cili yang digunakan adalah cili api hijau dan cili hijau. Ikan bilis pula digoreng secara berasingan. Ianya ditabur di atas nasi goreng sebelum ianya dihidang. Bagi anda yang mencari idea untuk membuat nasi goreng sebagai santapan untuk keluarga anda berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Nasi Goreng Hijau
- 4 cawan nasi sejuk
- 2 biji telur
- 1 gengam ikan bilis – digoreng
Bahan Tumbuk
- 3 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 6 biji cili hijau
- 4 biji cili padi hijau
- 1 inci belacan
- Sedikit garam dan serbuk perasa.
Kaedah
- Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yang tumbuk sehingga naik bau dan garing.
- Kemudian tambahkan telur jika anda suka.
- Biarkan ia seketika kemudian masukkan nasi dan gireng dnegan api yang besar.
- Goreng lebih lama dan kacau dengan laju agar nasi goreng lebih sedap dan tahan lama.
- Hidangkan bersama ikan bilis apabila nasi benar-benar telah masak
- Siap!
Jika anda suka makan makanan yang pedas anda boleh mengguna cili padi hijau sahaja. Resepi ini boleh juga di tambah kicap jika anda suka, namun itu akan menjadikan ia berwarna gelap. Tidaklah ia dinamakan nasi goreng hijau bukan? Diharap anda akan sudi mencuba resepi ini, semoga berjaya!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.