Resepi Nasi Goreng Butter Tuanku Permaisuri Pakai Kuali Lejen
Resepi kali ini merupakan resepi yang telah dikongsi oleh Tuanku Permaisuri kita dan telah menjadi viral baru-baru ini. Nasi goreng butter permaisuri ini diberi nama sempena masakan yang telah di aspirasi kan oleh Tuanku.
Antara bahan-bahan Yang digunakan di dalam resepi ini ialah butter kemudian ianya di goreng bersama telur sebelum ditambah dengan nasi. Kemudian ianya ditambah dengan baki-baki lauk semalam seperti ayam daging ataupun ikan. Berikut adalah cara-cara untuk menyediakan nasi goreng ini.
Bahan-bahan
- Pure butter
- Cili besar/api merah (ditumbuk dengan garam kasar)
- Telur
- Sosej (digoreng & dihiris)
- Daun bawang
- Serbuk lada hitam/lada sulah
- Nasi sejuk
- Cairkan butter.
- Masukkan cili yang sudah ditumbuk dengan garam kasar sedikit.
- Masukkan telur dan kacau perlahan-lahan.
- Masukkan sosej yang telah digoreng dan dihiris
- Masukkan daun bawang yang telah dihiris
- Akhir sekali masukkan nasi dan gaul hingga sebati.
- Siap!
Dalam penyediaan masakan ini butter memainkan peranan penting. Ini kerana jika anda menggunakan marjerin jenama murah nasi goreng boleh jadi berbau seperti biskut raya. Sebaiknya gunalah butter jenama berkualiti untuk rasa yang lebih premium. Apa pun apa kata anda cuba sendiri resepi yang sangat mudah sedap ini, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.