Resepi Nasi Goreng Bujang Tanpa Garam Senang dan Mengenyangkan
Resepi yang dikongsikan kali ini merupakan resepi yang sangat ringkas dan sangat mudah untuk di situ kan nasi goreng bujang ini diberi nama kerana bahan-bahan yang digunakan di dalam resepi ini sangat ringkas dan sangat sesuai dengan gaya hidup orang bujang. Antara bahan-bahan yang digunakan hanya lah bawang putih, fish cake atau sosej dan juga serbuk/kiub pati ayam. Bahan-bahan yang disebut tadi merupakan antara bahan-bahan asas yang digunakan dalam kebanyakan masakan. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan .
Bahan-bahan
- Nasi sejuk
- Bawang putih (cincang)
- Cili api (hiris)
- Ikan bilis (goreng dahulu)
- Kiub pati ayam
- Telur
- Dalam kuali tumiskan bawang putih.
- Masukkan telur, kacau hingga masak
- Masukkan cili api dan biarkan semua bahan sebati
- Masukkan nasi dan pecahkan kiub pati ayam kemudian gaul dan goreng agar semua bahan menjadi sebati.
- Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng.
- Siap!
Resepi ini sangat mudah dan boleh di olah mengikut selera anda. Banyak lagi bahan yang boleh digunakan bersama masakan ini namun resepi yang dikongsikan kali ini amat sesuai bagi mereka yang sangat sibuk untuk menyediakan sarapan pagi tetapi memerlukan sesuatu yang mengenyangkan. Jadi apa kata anda mencuba sendiri resepi ini. Selamat mencuba
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.