Resepi Nasi Ayam Hainan (Macam Di CRS)
Resepi hari ini, merupakan resepi nasi ayam yang paling sedap. Resepi ini sangat mudah, sedap dan harum. Nasi ayam hainan merupakan salah satu versi nasi ayam paling popular di negara kita.
Bagaimanapun nasi ayam hainan adalah berbeza dari nasi ayam yang biasa ditemui dinegara kita. Biasanya nasi ayam yang ditemui berwarna kuning dan mempunyai rasa yang berbeza kerana ia mempunyai serai. Namun berbeza dengan nasi ayam Hainan ini.
Nasi ayam Hainan ini berasal dari sebuah pulau di Tenggara China. Ianya merupakan satu hidangan popular disana, dikatakan tetamu yang berkunjung ke rumah juga dihidang dengan masakan ini. Nasi ayam hainan biasanya dihidang dengan ayam yang direbus sahaja, tanpa sebarang penambah perasa yang kuat. Namun ia tetap menambat selera.
Mari lihat resepi dan bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Nasi Ayam Hainan (Macam Di CRS)
Bahan-bahan
- Beras 2 cawan (bersih dan toskan)
- Lemak-lemak ayam 2 sudu besar
- Bawang merah 2 ulas (dihiris)
- Bawang putih 2 ulas (dihiris)
- Daun pandan 2 helai (disimpulkan)
- Halia ½ inci
- Kicap cair 1 sudu besar
- Minyak bijan 1 sudu besar
- Air rebusan ayam 3 ½ cawan
Kaedah
- Dalam periuk nasi yang telah dipanaskan masukkan sesudu minhak masak dan tumis lemak-lemak ayam. Tunggu sebentar hingga lemak ayam sedikit garing. Alihkan.
- Tumiskan pula bawang merah, halia dan bawang putih yang telah dihiris, kacau agar semua bahan digoreng rata.
- Tambahkan daun pandan yang telah disimpulkan. Tambah garam secukup rasa.
- Kacau rata.
- Masukkan beras yang telah dibasuh tadi. Gaul rata.
- Sekarang masukkan air rebusan ayam sebanyak 3 ½ cawan.
- Kacau agar ia sebati.
- Tekan on dan tunggu hingga nasi seperti biasa.
- Apabila telah masak, kacau nasi dengan garfu agar ia tidak melekat-lekat.
- Siap.
Nasi ayam ini tidak menggunakan sebarang kiub perasa. Keenakannya terletak pada ayam yang segar. Nasi ayam ini juga tidak menggunakan sebarang pewarna. Namun rasanya sangat sedap dan semula jadi. Biasanya nasi ayam Hainan ini dihidang bersama sos cili pedas, sos kicap dan juga sayur sayuran. Biasanya sayur yang diguna ialah timun, tomato atau salad.
Oleh itu, anda haruslah mencubanya. Keluarga anda pasti suka pada rasanya.
Resepi Lain Yang Menarik
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ye. Selamat mencuba!
- Resepi Sos Cili
- Resepi Ayam Kukus
- Resepi Sos Kicap