Resepi Muffin Double Chocolatechip Sempoi Giler Nak Buat

Resipi kali ini adalah resepi muffin yang amat mudah untuk disediakan. Muffin adalah antara makanan yang paling mudah dan biasanya  ianya disediakan diwaktu makan sarapan pagi.

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan muffin ialah tepung, telur, gula, butter atau  minyak dan juga ianya diisi dengan pelbagai jenis perisa. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan kering

  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • ⅛ sudu teh soda bikarbonat 
  • 1 cawan gula halus

Bahan basah

  • ½ cawan minyak/butter cair
  • 1 cawan buttermilk (susu + 1 sudu besar cuka)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Hiasan

  • Serbuk koko
  • Choc Chip
  • White choc Chip
  • Kacang badam 

Kaedah

  • Campur semua bahan kering dan basah dalam belas berasingan.
  • Kemudian baru campurkan sehingga sebati.
  • Guna spatula atau whisk sahaja.
  • Akhir sekali baru tambahkan bahan hiasan.
  • Masukkan adunan didalam cawan Muffin
  • Bakar 25-30 minit pada suhu 160c
  • Siap!

Ada berbagai cara untuk menyediakan muffin. Namun cara yang kita kongsikan kali ini adalah cara yang paling mudah dan murah, diharap anda akan mencuba resepi ini!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *