Resepi Mak Tam Masak Air Tak Sangka Sedap Rupanya
Resepi berikut ini ialah cara menyediakan sup sayur yang ringkas dan amat digemari. Sayur mak tam ini biasanya dijadikan salad dan dimakan bersama sos Thousand Island. Namun perkongsian kali ini akan membawa kepada anda cara masak air sayur mak tam. Ianya berkhasiat dan amat sedap bila dicampur dengan telur. Bahan-bahan digunakan juga amat ringkas iaitu bawang putih, ikan bilis dan telur. Bawang putih dan ikan bilis ditumis garing sebelum ditambah air hingga menggelegak bagi menghasilkan aroma dan perasa tambahan. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 2 pokok salad mak tam (potong saiz sederhana)
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit ikan bilis
- 1 biji telur
- Air secukup.
Kaedah
- Mula-mula tumis bawang putih dan bila ia naik bau baru masukkan ikan bilis
- Biarkan ikan bilis garing dan kemudian masukkan air
- Masak hingga kuah menggelegak dan masukkan garam dan serbuk perasa
- Masukkan salad mak tam dan telur
- Bila sayur masak segera tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
- Siap!
Kaedah masakan yang digunakan didalam resepi ini adalah cara untuk memelihara kesegaran dan khasiat sayur mak tam ini. Ianya sangat cepat empuk dan tidak perlu dimasak terlalu lama, apapun selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.