Resepi Maggi Chili Oil Yang Viral Konpom Digemari

Resipi kali ini adalah masakan berasaskan masakan segera namun ianya popular dan telah menjadi viral. Maggi kari dengan menggunakan cili oil atau minyak cili sangat mudah untuk disediakan. Ianya memberi rasa yang lain daripada kebiasaan bila kita makan mee maggiyang mana biasanya dimasak mengikut arahan dipek pembungkus. Masakan ini menggunakan serbuk yang dicampurkan dengan minyak panas dan kemudian digaul dengan mee maggi. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri masakan ini berikut adalah bahan-bahan dan cara caranya.

Bahan-bahan

  • 1 pek maggi kari (rebus lembut dan kemudian basuh dengan air suhu bilik dan toskan)

Bahan cili oil

  • ½ pek serbuk kari maggi
  • 1 ulas bawang putih cincang 
  • 1tsp serbuk cili
  • Kicap (ikut masin kita suka tapi jangan terlalu banyak)
  • 1tsp bijan
  • Minyak panas
  • Daun bawang hiris
  • Telur mata 

Kaedah

  • Untuk membuat cili oil, masukkan semua bahan kecuali minyak panas dalam 1 bekas
  • Kemudian tuang minyak yang panas dan kacau sebati.
  • Barulah tuang keatas maggi yang telah direbus tadi.
  • Hias dengan daun bawang, telur mata dan apa2 rencah yang anda suka.
  • Siap! 

Namun begitu masakan ini sesuai bagi peminat maggi mee ini kerana ia tidak sesuai jika menggunakan jenama lain kerana rasanya kurang sedap. Namun ini adalah pendapat peribadi saya sahaja jika anda suka dan inginkan kelainan anda boleh cuba sendiri resipi ini. Anda boleh tambah perencah yang anda gemari atau tak perlu tambah rencah pun sedap,selamat mencuba.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain