Resepi Lemak Cili Api Kaki Ayam Pedas Mengancam

Resepi kali ini merupakan resepi kaki ayam yang dimasak lemak cili api yang jarang dimasak. Kaki ayam merupakan salah satu bahagian ayam yang jarang-jarang digunakan kecuali bagi peminat kaki ayam yang suka pada isinya yang lembut selepas dimasak beberapa jam. Perkongsian kali ini akan menunjukkan kepada anda cara menyediakan kaki ayam masak lemak cili api ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

  • Sekilo kaki ayam (bersihkan)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 genggam cili api
  • 2 biji kentang (belah 4)
  • 1 kotak santan
  • ½ keping asam keping
  • 2 batang serai
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Kisar bawang besar, bawang putih dan ciki api hingga halus
  • Tambahkan pada kaki ayam didalam periuk
  • Tambah air dan buka api
  • Masukkan serai yang telah ditumbuk pecah
  • Masukkan kentang juga
  • Rebus semua bahan hingga kaki ayam menjadi lembut dan empuk.
  • Tambah air jika kurang air kurang.
  • Masukkan asam keping
  • Apabila kaki ayam telah empuk, masukkan santan
  • Tambah garam dan ajinomoto.
  • Tunggu semua bahan sebati dan tutup api
  • Siap!

Masakan seperti ini amat menjimatkan tetapi amat sedap dan sangat berbaloi. Idea seperti ini sesuai terutama ketika keadaan kewangan yang menekan sejak kebelakangan ini. Apatah lagi bila perlu menyediakan masakan sedap untuk keluarga yang besar kerana kaki ayam amat murah dan apabila dimasak lemak cili api ia amat sedap dan pasti mengenyangkan! Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *