Resepi Langos (Delly’s Style)
Langos merupakan makanan jalanan yang amat popular di Hungary. Ianya juga dikenali sebagai Hungarian Flatbread dimana ianya dimakan bersama krim masam. Akan tetapi, langos juga bebas dimakan bersama apa apa jenis inti, bergantung kepada selera anda.
Kaedah pembuatan langos amat ringkas. Ianya menggunakan bahan yang amat mudah untuk didapati di Malaysia. Kemudian, ianya akan digoreng dan dihidangkan bersama inti pilihan anda.
Resepi ini dikongsikan oleh Delly Kayangan dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa tunggu lagi, jom tengok!
Resepi Langos
Bahan – bahan:
- 5 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar yis kering
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu besar garam
- 1 sudu besar minyak masak
- Air secukupnya
Inti:
- Kacang merah (boleh beli kat kedai bakery)
Cara – cara memasak:
- Masukkan kesemua bahan kecuali air.
- Gaul rata, tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tak lekat di tangan.
- Rehat kan 10min.
- Ambil doh tadi, jadikan doh kecil – kecil.
- Masukkan inti kacang merah.
- Leperkan doh.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Masok kan Langos dan goreng sampai kekuningan.
- Langos ni akan mengelembong macam roti puri tu.
- Angkat, toskan. Siap!
Kelembutan langos ini sehingga 6 ke 7 jam.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!