Resepi Kurma Susu Shake Lazat Tak terperi

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi milk shake yang dibuat menggunakan buah kurma dan juga susu. Milk shake adalah sejenis minuman berasaskan susu yang dipopularkan oleh orang Barat. Ia dipanggil milk shake atau susu kocok kerana biasanya ia digoncang didalam botol atau bekas yang sesuai sebelum dihidangkan. Hasilnya minuman akan mempunyai buih yang tinggi dan sungguh sedap terutama bila digabungkan dengan buah kurma.

Bagi anda yang sedang mencari idea hidangan minuman yang sedap tapi mudah untuk disediakan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan,

Bahan-bahan

  • 10 – 15 biji buah kurma (buang biji)
  • Ais secukupnya
  • 1 liter susu segar atau susu kotak
  • Kurma dididihkan dengan air di atas api perlahan. 
  • Masak sehingga agak hancur dan menjadi seperti puri.
  • (air  sama aras dengan buah kurma)
  • Kemudian kisar bersama susu dan ais
  • Siap!

Jika kurang manis anda boleh menambah susu manis tetapi awas kandungan gula yang tinggi akan memudaratkan kesihatan. Oleh itu sebaiknya kekal lah dengan sumber gula yang semulajadi seperti kurma ini. Tambahan pula kurma sendiri mempunyai zat dan mineral yang baik untuk tubuh badan kita. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *