Resepi Kopi Peng Yang Marbeles Sedap Macam Di Kopitiam

Jika anda seorang peminat minuman kopi anda pasti pernah mencuba kopi susu. Kopi susu atau kopi peng adalah sejenis minuman kopitiam yang popular dikalangan bangsa Cina. Kopi peng adalah kopi yang ditambah dengan susu manis,lazimnya dihidang bersama ais menjadikan ia kopi peng ais. Namun begitu ia juga sedap dinikmati secara panas, berikut adalah bahan yang diperlukan.  

Bahan-Bahan

  • 250ml air
  • 1 paket kopi kampung atau 2 sudu besar kopi kampung
  • 3 sudu besar susu pekat manis

Kaedah

  • Dalam periuk, didihkan air atas api sederhana besar. Tunggu hingga menggelegak kira-kira 2 minit.
  • Masukkan serbuk kopi. Kalau anda nak rasa kopi yang lebih lemak, masukkan 1/4 sudu besar mentega cair panas dan kacau dengan serbuk kopi hingga sekata. Biar serbuk kopi terseduh selama 1-2 minit. Kalau anda nak kopi anda lebih pekat, masukkan 1/2 sudu besar serbuk kopi lagi. Padamkan api.
  • Masukkan air kopi panas ke dalam cawan.
  • Masukkan susu pekat manis dan kacau. Jika anda puas dengan kepekatan dan rasa manis, masukkan ais dan siap!

Lazimnya minuman kopitiam ini dihidang bersama roti bakar bersama butter dan kaya. Ianya juga lebih manis berbanding kopi C iaitu kopi hitam yang ditambah susu cair. Diharap anda akan sudi mencuba resepi ini sebagai hidangan minuman petang anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *